Sunday, January 18, 2009

SenamSeni Malaysia

SenamSeni Malaysia telah di lancarkan oleh YB Menteri KEKPWA ,pada waktu itu (YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim) pada 17hb Februari 2008, bertempat di dataran merdeka. Penyertaannya adalah seramai 15000 ribu orang.

Tujuan SenamSeni adalah untuk membudayakan cara hidup sihat masyarakat Malaysia untuk kesihatan melalui aktiviti SenamSeni Malaysia.

Objektif nya adalah:

  • menjadikan SenamSeni Malaysia sebagai aktiviti menjalin kemesraan, persahabatan dan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia
  • memperkenalkan gerak dalam tarian tradisional kaum kaum utama di Malaysia sebagai elemen senaman
  • memasukkan elemen seni budaya dalam aktiviti kecergasan senamrobik, tarian tradisional dan seni bela diri sebagai gerak asas senaman dan berlatarkan muzik Malaysia.

No comments:

Post a Comment