Thursday, January 22, 2009

Aduhai..... lemak dibadan ku ini.....

Ramai yang sedar dan sangat tahu bahawa berat badan berlebihan boleh membawa akibat yang buruk kepada kesihatan. Lemak badan berlebihan merupakan satu faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit Kardiovaskular seperti darah tinggi, angin ahmal (stroke), penyakit kencing manis dan kurang stamina. Kegemukan juga mendatangkan kesan yang negatif kepada emosi kendiri and kejayaan sosial seseorang itu.
Terdapat dua komponen berat badan seseorang. Pertama, berat badan sejati (lean body weight) iaitu berat otot, tulang, darah dan berat organ organ yang lain dalam badan. Kedua, (uhuk uhuk... sedey nii...) ialah berat lemak atau berat tisu lemak.
Jika seseorang itu mempunyai lemak badan berlebihan, jantungnya terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan ini akan mendatangkan risiko penyakit kardiovaskular.Masalah nya kenkawan, lebihan lemak di badan kita ini hanya boleh dikurangkan melalui aktiviti fizikal dan dengan amalan pemakanan yang sihat.
Jadi nasihat saya kepada semua, check BMI dan lilitan pinggang anda dibawah tu, kalau rasa rasa berlebihan, mari kita mulakan gaya hidup yang sihat. Kita mula dengan aktiviti mudah sahaja dahulu, bersihkan kawasan rumah anda dan pastikan anda tidak menjadi seorang penternak nyamuk aedes!

No comments:

Post a Comment