Thursday, October 14, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tahap II ke Tahap III

Tarian Inai Kelantan

Diantara kawasan yang masih mengekalkan tarian ini ialah Kg Benut Susu dan kg Bechah Tendong yang terletak di daerah Pasir Mas. Terdapat unsur unsur mak yong, silat dalam tarian ini dan muziknya ada sedikit persamaan dari segi penggunaan alat seperti gendang (ibu dan anak), gong (ibu dan anak), serunai, canang dan kesi. Tarian ini pada lazimnya dipersembahkan dimajlis kenduri kahwin dan berkhatan. Dalam persembahan Tari Inai ini terdapat seorang yang digelar sebagai 'Jong Pawa' yang mana tugasnya sebagai pemantau persembahan iaitu meletak atau mengutip duit. Pada zaman dahulu, tuan rumah akan menyediakan tikar dimana penonton akan membalikng duit sebagai saguhati atau sekadar ingin menguji kehebatan para penari




Pn Zamzuriah Zahari sebagai fasilitator tarian Tari Inai Kelantan



Tari Inai ini pada asalnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja dan pada lazimnya ditarikan perseorangan.


Puan Zamzuriah menunjuk cara melipat duit untuk diambil dengan mulut oleh penari




Perkara yang penting dalam persembahan tarian ini adalah wang sama ada wang kertas ataupun syiling. Ini penting bagi seseorang penari untuk menyempurnakan gerak tarian ini dimana penari akan meliuk kebelakang dan mengambil wang tersebut dengan menggunakan mulut.



Wang kertas ini akan dilipat kecil dan diletakan dilantai dalam keadaan yang memudahkan untuk diambil oleh penari. Terdapat juga kelebihan penari yang menggunakan wang syiling untuk diambil denan mulut malah dengan kelebihan seorang penari itu juga mampu untuk mengambil syiling dalam bekas berisi air.




Saye rase ngeri melihatkan peserta peserta ini mencuba buat pertama kali nye meliukkan badan mereka untuk mengambil wang tersebut dengan mulut mereka.



Dua orang peserta wanita yang telah berjaya melakukannye (perghhhh..... tabek spring larr)



Pada waktu dahulu tarian ini dipersembahkan dihadapan anak teruna yang akan berkhatan. Persembahan ini akan berakhir apabila penari akan menginaikan anak teruna tersebut.



Persembahan dahulu dan sekarang tidak la ketara. Tari Inai hari ini tidak lagi terikat hanya dimajlis berkhatan malah ditarikan dimajlis kenduri kahwin dan keramaian pesta tertentu.





note : info mengenai Tarian Inai Kelantan diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

Wednesday, October 13, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tahap II ke Tahap III

Tarian Ceracap Inai - Negeri Johor

Tarian ceracap inai dikatakan berasal dari zaman pemerintahan kerajaan Melaka. Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi tahta Melaka ketika beliau masih kanak kanak. Akibat tidak membenarkan Portugis membina markas diMelaka, peperangan telah berlaku dan kota Melaka telah dikepung selama 10 hari. Baginda Sultan Mahmud telah melarikan diri ke hulu sungai Muar

saudara Khalid Mohamad sebagai fasilitator Tarian Ceracap Inai



Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari istana dan kemudian diperkembangkan tradisinya kepada Raja Sehari dalam upacara malam berinai. Untuk memperkuatkan lagi tarian ini berasal dari istana, diawal tarian ini ada menunjukkan gerakan sembah raja. Sehingga ke hari ini, tarian ini masih dipersembahkan dihadapan pengantin sebelum upacara berinai dilakukan terutamanya di Mukim Lenga, Kundang Ulu dan Bukit Kepong.



Ini la rupa bentuk ceracap inai. Mengikut cerita, ceracap inai ini telah direka atas kreativiti seorang pengukit melayu yang menggabungkan pelbagai elemen dan tafsiran beliau. Dihiase bunga emas dibahagian tengah sebagai lambang kemewahan serta diterangi oleh cahaya lilin dari empat sudut melambangkan empat penjuru alam. Kayu yang diukir dedaun melambangkan kehidupan dan mangkuk pula melambangkan penjaga atau penyokong dimana ia mampu menahan segala yang berada diatas.



Pergerakan asas Tarian Ceracap Inai ini diambil dari gerakan silat. Paling ketara ialah Gerak Serang Balas. Kedudukan kaki yang sentiasa berkekuda juga menunjukkan tarian ini lebih kepada pergerakan silat. Selain dari ketangkasan melakukan gerak, konsentrasi dalam mengimbangi ceracap dari terpadam lilin adalah diantara seni yang diterapkan dalam tarian ini yang melatih kita untuk berhati hati dalam apa jua gerakan yang kita lakukan.




note : info mengenai tarian ceracap inai diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

Kursus Pemantapan JSBN Tari Tahap II ke Tahap III

Tarian Pelandok - Negeri Pahang


Tarian Pelandok berasal daripada Kampung Bukit Bentung, Kuala Lipis, Pahang. Tarian ini diadaptasikan daripada pergerakan Pelanduk. Tarian ini menggambarkan bagaimana pemburuan pelanduk dilakukan oleh penduduk kampung. Ia menggambarikan bagaimana orang orang kampung pada mase dahulu memburu pelanduk. Mereka pergi memburu dengan menggunakan parang dan menggunakan daun terap bagi memanggil pelanduk.


Pn Rosnariah sebagai fasilitator Tarian Pelandok





Kisah mengenai Tarian Pelanduk ini telah diperolehi daripada Tengku Osman Bin Tengku Ngah, beliau merupakan individu yang mengajar tarian ini kepada golongan muda. Beliau adalah pesara polis dan telah mempelajari tarian ini daripda bapa saudara beliau iaitu Kanun bin Awang.






Kebetulan salah seorang peserta adalah cucu kepada Tengku Osman sendiri. Cucu beliau sedang mencuba headgear yang merupai kepala pelanduk. Watak pelanduk biasanya akan diberikan kepada kanak kanak kerana badan dan pergerakan mereka mudah dibetnuk serta lembut. Pergerakan dalam tarian ini ialah secara asasnya mengesot tetapi kini telah diolah denga gerakan berlari, melompat seperti pelanduk yang memperlihatkan seolah olah pelanduk sedang bermain main.


Saya terhibur melihat kelatah penari penari menari tarian yang comel ini.


note : info mengenai tarian pelanduk diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

Tuesday, October 12, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tari Tahap II ke Tahap III

Tarian Joghe - Pulau Pinang

Tarian Joghe dicipta dan diilhamkan oleh allahyarhamah Aminah Nani atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Minah, merupakan seorang primadona dan pelopor kegemilangan bangsawan serta sri panggong yang termasyur di Pulau Pinang pada era tahun 1940-an dan 1950-an. Suami allahyarhamah adalah allahyarham Pak Alias.




Saudara Razak selaku fasilitator untuk tarian yang ceria ini.





Tarian ini sering dipersembahkan semasa extra-turn iaitu semasa penukaran babak ke babak dalam persembahan bangsawan oleh kumpulan beliau.



Adalah dipercayai asal perkataan JOGHE adalah merupakan gabungan perkataan JOGET dan GEMBIRA




Gerakan tarian ini mempunyai unsur unsur gabungan tarian India, Arab dan Parsi yang sangat sinonim dengan masyarakat berdarah campuran di Pulau Pinang. Ia dapat di lihat melalui gerakan tangan, kaki dan kepala






Majlis Penutup pada hari terakhir kursus




Mereka kelihatan ceria walaupon badan letih dan ada diantara mereka sedang mengalami demam. Saye merase bangga melihat mereka begitu bersikap professional




Pemandandan dari bilik kuliah, kelihatan bakal bakal guru dari maktab perguruan sedang beriadah di padang




Taman segar di setiap sudut di Seameo-Recsam yang indah dan bersih




note : info mengenai tarian joghe diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

Monday, October 11, 2010

Kursus Jurulatih Senibudaya Negara Tahap II - Tari

Kali ini kursus JSBN (tersebut di atas) di adakan di pulau mutiara yang indah, Pulau Pinang. Saya bersama fasilitator Syed Najib dan Abu Bakar pergi bersama sama pada pagi 5hb Oktober 2010. Setibanya kami di airport, kami di sambut oleh pegawai Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri, Cik Shaliza. Kami bertiga buat muka kesian sebab kami lapar, tak sempat makan semasa berangkat pagi itu. Alhamdullilah... Cik Shaliza telah membawa kami makan nasi kandaq yang tersangat lazat ( saye lapar ke atau memang sedap )



Saya terpakse 'cramped' kan kelas saya dengan modul tahap I dan tahap II sebab ada diantara peserta kursus yang tidak ambil subjek SenamSeni pada kursus Tahap I mereka.




praktikal SenamSeni Malaysia semasa dalam kelas




masih banyak kelemahan pada peringkat ini




pada waktu malam mereka sekali lagi belajar teori bersama saya




masing masing begitu menekun mengambil nota




selepas melakukan teori dan praktikal pada waktu siang tadi, mereka lebih yakin ....




dan telah melakukan gerakan dengan lebih sempurna



senang hati saya sebab peserta kali ini memang terang hati dan serious belajar



semasa ujian teori di jalankan



aiiii....En Fuad garu kepala nampak! eheh





Semase majlis penutup peserta di kehendaki untuk mempersembahkan tarian tarian yang telah mereka belajar selama lima hari ini



salah seorang peserta Tari Tahap II, Mohd Firdaus yang kreatif, siap pakai contact lens mata hantu


peserta peserta Tari Tahap II semasa majlis penutup.



Saya doakan agar mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi ini dan pada Norlee (berbaju hitam) yang sedang hamil, semuga awak melahirkan baby awak dengan selamat yea. Syabas saya ucapkan kepada semua peserta peserta ini kerana begitu committed dengan tugasan mereka.

Semuga kite berjumpa lagi :)