Saturday, March 7, 2009

SenamSeni Malaysia

sedang mencuba gerak inang cina untuk dijadikan senaman

pemandangan yang cantek, tempat yang selesa memudahkan kami melakukan tugas kami

dari ujung kiri : khalid (adeq), adilla, malek, yours truly dan Azman (ayahman). Saiful, tidak ada dalam gambar kerana pada hari kedua dia terpaksa ke sandakan demi tugas.

kami berenam menjadi lebih rapat dan memang ngam


ntah ape yg digelakkan adilla, kami memang sentiasa ceria walaupun letih lebih lebih lagi kalau ade penghibur duka lara kami iaitu Malek





Kami berenam dipanggil semula oleh pihak KeKKwa untuk mengimprovekan gerak senamseni yang 27 min tu kepada 30min. Selain itu kami juga dikehendaki untuk mereka satu lagi gerakan senam seni selama 15min. Dalam versi 15 min ni kami cube menambahkan gerakan inang cina dan memilih lagu lagu dan gerakan yang sedia ada. Kami berenam ni memang dah ngam sejak mula mula kami bekerjasama dulu jadi tidak timbul masalah langsung dalam membuat module senamseni. Selain daripada tempat yang cantek di tingkat 27 selesa untuk kami bekerja, pegawai JKKN yg memang sentiasa membantu, makan minum kami pon dijaga dengan baik.
Walaupon diberi waktu yang begitu singkat, kami telah dapat deliver dengan baik dan gembira bila Dato KP, Dato Norliza sudi datang dan memberi komen yg membina. Alhamdulilah.. gerakan kami secara keseluruhannya diterima dan perlu mengubah sedikit sahaja dari segi beat musik. Amin....

Tuesday, March 3, 2009

Kursus

brainstorming untuk module baru yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini atau awal
tahun depan. Bila dah dilancarkan baru bole cerita lebih yea

satu satunya wanita menjadi Penasihat Teknikal (Fitness). dua orang lagi tu PA Kementerian *tut*
mau tak nye tersengih .. di kelilingi oleh pendekar pendekar la katekan.,


Saya cuma rakyat malaysia yang biasa dan bukan ahli politik. Memang kekadang saya kurang setuju dengan setengah dasar kerajaan kita, tapi tu.. lah... nobody is perfect, not even our government. Sejak saya terlibat dengan program di Kem Belia & Sukan (KBS) dan juga Kem Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan & Warisan (KEKWA), baru la saya sedar dan tahu rupanya banyak kemudahan dan peluang peluang yang kerajaan kita sediakan kepada kita rakyat Malaysia . Masalahnya, cume sikap kita sendiri yang tidak mahu ambil inisiatif untuk ambil tahu and ambil peluang tentang kemudahan ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi saya. Contohnya mengenai kursus kursus, semua kursus kursus ini diberi percuma. Tempat tinggal, yuran pengajian, makan minum selama 4-6 hari ( 6 kali sehari). Masyallah... hebat betul... akan tetapi ramai yang take for granted. Pergi kursus sekadar utk mengisi masa lapang sahaja! Balik dari kursus, habok pon tarak. Mereka ini diberi amanah utk mengkongsi pembelajaran dan pengalaman mereka semasa berkursus tetapi kebanyakannya, balik dari kursus tidak berbuat apa apa. Pehabehkan duit pembayar income tax saja. Untuk pengetahuan bagi yang tidak tahu, bukan mudah ndak buat kursus. Pertama sekali, kene cari penasihat penasihat teknikal di seluruh negara untuk dikumpulkan dan brainstorming untuk buat module. Bukan senang ndak cari orang2 ni dah tu ndak bayar mereka lagi. Selepas tu, cari pula tenaga pengajar yang berkualiti, satu penyakit juga ni sebab semua orang kata dia ada kualiti! Dah... kena pulak screen test mereka ini, mane yg bab cak leng pung, kene la test cak leng pung, mane yg bab tarian bharatanatyam, begitu jugalah, kene test dulu kemampuan mereka, belum masuk lagi bab instruktor aerobik yang berlambak dipasaran. Semua kata mereka hebat. Mane yang terpilih setelah di uji dari segi praktikal dan teori mesti berpuas hati, bagi yang tidak terpilih, jangan marah, cuba lagi yea. Semua ini memerlukan duit. Setiap kali ndak mengumpul, memeriksa, memberi pengiktirafan, memberi latihan semuanya memerlukan duit. Agak agak dari mane datang duit ini, langit? dasar laut? petik di pokok? hmmm... cube kite pikirkan sejenak.
Makanya kawan kawan, yang mane pernah pegi kursus tu, bersikap amanah lah, kite menggunakan duit rakyat (duit pembayar incometax termasuk yours truly) untuk menimba ilmu, jangan lah di sia siakan ilmu yang diberi dengan percuma ini. Ambil peluang, pergi mengajar dan dapat ganjaran yang lumayan. Apa lagi yang awak ndak? Tapi ingat! Anda jangan berhenti disitu, timba ilmu lagi, buat homework, belajar dengan lebih dari satu guru (setiap guru ade keistimewaan masing masing), berfikiran positif dan tingkatkan kehidupan kita. Good Luck frens...



Karnival Sukan Kementerian Belia & Sukan (curi gambar dari Azhani)


Team KBS yg mendapat no 2 bersama Azhani pegawai KBS amboiii.... gembira nyee.....

Dengan manager mereka Radha dan Zila pegawai NFC. Dah ndak magrib dek oii... gi la balik. siap posing kangkang lagi gituh..