Monday, January 19, 2009

Profil Jurulatih Utama SenamSeni Malaysia



Retyped version :

Kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya dari Bahagian Pembangunan Sukan, cawangan Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) Kementerian Belia dan Sukan, kareografer tari Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) amat penting sehingga terbentuk satu gerakan kecergasan senaman berirama yang dinamakan Senam Seni. Berikut adalah mereka yang terlibat sepenuhnya terhadap penyediaan gerakan ini yang telah diadakan pada Mei 2007 diKuala Lumpur. Mereka yang di maksudkan :

Puan Sharifah Hanim Syed Mustaffa
Beliau adalah Jurulatih Kecergasan Bertauliah dibawah Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) seliaan Jab Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Sekarang beliau aktif mengajar aspek kecergasan disekitar Lembah Kelang malah diseluruh Malaysia. Beliau kerap dipanggil oleh pihak RTM untuk menjadi jurutunjuk program kecergasan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Idea beliau didalam gerakan Senam Seni amat besar kerana beliau menjadi pensihat khusus kepada gerakan yang dibuat dan impaknya kepada badan. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam aspek kecergasan dan menjadi Penasihat Utama penyediaan gerakan Senam Seni

Encik Abdul Malik Abdul Majid
Beliau adalah artis budaya di Panggung Negara satu ketika dahulu. Walaupun usia beliau telah berganjak keseparuh abad namun tidak mematahkan semangat beliau untuk menyumbangkan idea kepada gerakan Senam Seni. Beliau adalah Jurulatih KecergasanBertauliah dibawah Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) seliaan Jab Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Beliau telah menghasilkan ramai jurutunjuk kecergasan disekitar Lembah Kelang. Aspek teknikal gerakan senamrobik dan lagu merupakan kepakarannya. Oleh itu, beliau penasihat kepada gerakan senamrobik dan gerakan tari dan silat yang digunakan dalam Senam Seni.

Puan Adilah Idris
Siapa tidak kenal dengan Adilah Idris, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu lagu keroncong di Malaysia. Rupa rupanya beliau adalah seorang Jurulatih Kecergasan Bertauliah di bawah Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) seliaan Jab Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Beliau antara penyumbang idea pembentukan gerakan Senam Seni yang diadakan pada tahun 2007. Aspek hitungan dan kesesuaian muzik dalam senamrobik adalah bidang kepakarannya. Oleh itu beliau menjadi penasihat kepada lagu yang boleh digunakan dalam Senam Seni.

En Khalid Mohd Nor
Beliau adalah seorang koreografer tari di Istana Budaya. Semasa menyumbangkan idea dalam pembikinan gerak Senam Seni Malaysia, beliau seorang yang mempunyai semangat tinggi untuk menunjukkan gerak tari dan silat yang boleh dimasukkan dalam Senam Seni. Beliau menjadi jurutunjuk kepada gerakan tarian tradisional seperti inang, zapin dan joget serta gerakan silat yang boleh disesuaikan dalam gerakan Senam Seni

En Azman Abu Bakar (AyahMan)
Kalau dilihat kepada tubuh badannya yang sasa, kita tidak akan perasan bahawa beliau adalah seorang koreografer tari di Istana Budaya. Beliau banyak menyumbang idea kepada gerakan bagi tarian etnik kaum pribumi Malaysia seperti Sewang, Tarian India, Tarian Cina, Sabah dan Sarawak yang boleh disesuaikan dengan gerakan Senam Seni.

En Nor Shaifulnizam Ramli
Beliau adalah seorang jurulatih tari diNegeri Johor yang sangat aktif. Sekarang beliau berkhidmat di Jab Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor sebagai Artis Budaya. Beliau banyak menyumbang idea dan pendapat untuk mendapat gerakan Senam Seni yang boleh diikuti oleh masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang. Idea beliau sangat penting kerana beliau antara mereka yang menyediakan gerakan senaman kecergasan J-Robik yang terkenal di Negeri Johor malah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment