Monday, October 29, 2012

MasterClass bersama Leeza Ibrahim - Sungai Petani Kedah



 Kebetulan saya dan rakan rakan ditugaskan untuk mengajar kursus di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Sg Petani Kedah. Saya berdua dengan saudara Saiful menaiki kereta kerana kami masih ade tugas yang perlu diselesaikan  manakala Ija dan Salleh telah menaiki bus lebih awal.



Kami sampai Sg Petani sehari lebih awal dari kursus yang telah di tetapkan untuk kami jalankan. Dengan itu tiba tiba datang pulak idea saya untuk mengadakan 'masterclass' sebagai pendedahan kepada warga Sg Petani.




Orang yang paling saya kenal di Sg Petani adalah Pn Leeza Ibrahim yang kebetulan pula mempunyai studio aerobik nya sendiri di bandar Sg Petani.




Seminggu sebelum itu saya telah hubungi beliau dan unsurkan agar beliau mengadakan masterclass ini di studio beliau akan tetapi feedback yang di terima amat menggalakkan. Beliau dapat mengumpul lebih seratus  (100 yes One Hundred) orang peserta untuk program bidan terjun ini.



Alhamdulilahh syukur...selain daripada memberi pendedahan kepada warga Sg Petani, saya juga berhasrat untuk memperkenalkan Ija dan Salleh kepada mereka.



warga Sg Petani sangat sporting dan telah memberi kerjasama yang amat membanggakan



Kebanyakan mereka mempunyai stamina yang baik dan paling ketara, peserta yang hadir terdiri daripada berbilang kaum. Syabas Leeza!



Salleh aka Along  dan Ija aka Ramizah Kamis telah membuka tirai dengan mengadakan sesi memanaskan badan



dan diikuti dengan Kick Boxing oleh Salleh


Ija menyusul kemudian dengan latin moves Batuka beliau



 Ija aka Ramizah Kamis - ibu tiga orang anak dan maseh cun melecun



Salleh dengan kick boxing dan di belakan beliau dari kiri - Saiful, Ija, Ayu dari Penang dan Leeza Ibrahim




warga Sg Petani yang amat sporting dan bertenaga bergerak tanpa berhenti selama hampir 3 jam




yours truly bersama teman yang saye kenali sebagai Wan



dari kiri :- Salleh, yours truly, Leeza Ibrahim, Ija dan Saiful



 teman teman yang tak jemu jemu support kami dan leeza. sangat beruntung Leeza mempunyai teman teman yang baik dan sentiasa menyokong kegiatan beliau



Sg Petani rocks!! Best taw depa ni semua.....




biasa la sesi bergambar


Terima kaseh Leeza kerana dapat mengumpulkan orang dalam a very short notice. Terima kaseh yang juga kerana sudi anjurkan perjumpaan ini. Terima kaseh warga Sg Petani yang sangat warm dan sporting. Terima kaseh teman teman semua kerana sudi menerima kami berempat ini. Alhamdulilahh....insyallah kalau ade rezeki kita berjumpa lagi....

Alhamdulilah I am blessed