Monday, May 14, 2012

Kursus Akreditasi Instruktur Kecergasan Felda Wilayah Kuantan dan Jengka

 Seronok mengajar warga FELDA untuk kali yang kedua. Saya di jemput untuk mengajar di Impiana Resort di Cherating Pahang. Puan Roslina Darus, Pengarah Majlis Sukan FELDA sendiri menalipon saya semase saya dalam perjalanan ke Taiping.




 serba salah juga dibuatnye sebab dia mahu saye terus sambung dari Taiping ke Cherating. Saye pernah tinggal di Impiana Resort beberape tahun lalu untuk pengambaran semase bersama Selamat Pagi Malaysia RTM 1 dalam segmen Senam Sehat




kebetulan pulak Pengarah Majlis Sukan sendiri yang menalipon, rasenye kurang sesuai kalau saye menolak permintaan beliau




Badan maseh belum sihat, nasib baik saye dapat berehat semase di Taiping. Saye nekad untuk memenuhi permintaan sahabat saye Pn Roslina Darus



 sebetul betulnye... saye memang tersangat gembira bile saye di beri peluang sekali lagi untuk berbakti dengan warga FELDA. saye sentiase rase saye sebahagian daripada mereka.




kumpulan kali ini tidak jauh bezanye daripada kumpulan pertama di Johor dulu. mereka sangat berminat dalam bidang ini akan tetapi ade diantara mereka sebetulnye tidak tahu menahu ape yang akan mereka hadapi selame 4 hari ini




ade yang mahu tarik diri pada hari pertama lagi tetapi setelah di pujuk dan diberi penjelasan, mereka meneruskan kursus ini sehingga ke hari terakhir.




ade diantara mereka yang pada mulenye hendak pulang tibe tibe bertukar kepada minat. mereka terus minat untuk menjadi jurulatih kecergasan di wilayah mereka



tidak dapat saye nafikan warga FELDA memang hebat dan bersemangat waja, ade diantara peserta yang berumur lebih 60 tahun tapi maseh berupaya bersenam dengan baik



tak kurang juga yang muda remaja, mereka memberi komitment yang amat baik




mereka berlatih tanpa letih dan bertekad untuk lulus dalam ujian


 


ada diantara mereka berlatih sehingga pukul 2 pagi untuk ujian keesokan nye. Ini lah semangat waja yang saye maksudkan. mereka tidak berputus asa




 ramai juga yang cedera, mungkin kerana tidak biase bergerak tanpa berhenti selama 4 hari berturut turut akan tetapi mereka tidak berputus asa...teruskan juga usaha mereka untuk menghabiskan kursus




berlatih dan terus berlatih



tidak dapat di nafikan memang lebih ramai kaum wanita daripada kaum lelaki





semase ujian dijalankan





persembahan menarik dari peserta pada hari penutup






semasa ujian praktikal


bersama Samsasun, gadis manis yang membantu sama dalam kursus



setting yang menarik, makan malam di tepi pantai Laut China Selatan, Cherating




 sahabat saye Yazid sempat menyumbangkan lagu pada malam terakhir



alhamdulilah selesai sudah amanah yang telah diberikan kepada saye.  Bukan mudah untuk menjalankan amanah jika diberi kepercayaan oleh pihak yang bertanggung jawab.  Tanggung jawab saye adalah untuk menghasilkan jurulatih yang terlatih yang mampu untuk mengangkatkan mertabat Jurulatih Kecergasan dikalangan warga FELDA. Dengan pengiktirafan ini saye berharap agar yang telah lulus boleh pergi jauh , bukan setakat di wilayah masing masing tetapi berupaya untuk berdaya saing dengan jurulatih yang di luar sane. Pada yang tidak lulus buat kali ini, ini tidak bererti jalan terakhir buat anda. Anda maseh berupaya untuk belajar dan meningkatkan prestasi anda, dengan sikap yang positif, anda juga boleh pergi jauh jika betul betul minat. Selamat berjuang dan semuga kite diketemukan lagi insyallah.