Saturday, August 17, 2013

Road Tour Peninsular Malaysia - Step Aerobic Pump De' Jamzz - Kluang, Johor


Kluang adalah destinasi saya seterusnya selepas Johor Bahru. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kluang walaupun asal usul ayah bonda adalah dari Johor Bahru dan Muar. Banyak kenangan manis telah saya tinggalkan diKluang dan sekembalinya saya keKluang telah memberi suatu perasaan yang nostalgik ditanah tumpah darah saya ini.

 Saya mengenali Pn Hapizah Hamdan lebih dari sepuluh tahun. Malah pertama kali dia mengikuti kelas aerobik saya semasa dia mengandung anak bongsunya yang sudah berusia hampir 18 tahun sekarang ini. Begitu lama saya mengenali beliau dan saya telah mengalakkan beliau untuk mendalami ilmu kecergasan diperingkat yang lebih tinggi. Alhamdulilahh...beliau adalah diantara instruktur yang berjaya di bandar Kluang ini.


Pn Hapizah mengundang saya untuk mengadakan masterclass step aerobik ini di studio beliau. Saya dengan berbesar hati dan teruja untuk kembali mengkongsi ilmu bersama teman teman diKluang


Kawan kawan lama yang sama sama berkecimpung dibidang kecergasan dibandar Kluang, dari kiri Nurul, Ani, yours truly dan Hapizah Hamdan. Mereka ini adalah diantara yang pioneer mengajar aerobik dibandar ini. 

Telah diadakan dua sesi iaitu satu di pagi dan satu lagi di sebelah petang. Kawan kawan dari Pontian juga turut serta pada sesi petang. Terima kaseh daun keladi kerana sudi datang jauh jauh untuk menimba ilmu yea Julihana dan Norhayati.


Saya juga gembira kerana seorang lagi kawan lama saya iaitu Jean Cheng pun turut serta pada sesi pagi dan sangat berbesar hati kerana Norhayati Daud sanggup datang jauh dari Johor Bahru. Terima kaseh saya ucapkan pada Norhayati dan encik suaminya yang begitu mengambil berat tentang isteri beliau dengan menghantar isteri semata mata untuk menimba ilmu



Yusna yang sentiasa kelihatan cantek.


saya diapit Nurul dan Yusna

Seperti biasa, selepas menghempas pulas, kite makan! Terima kaseh yang tak terhingga saya ucapkan kepada sahabat saya Hapizah Hamdan kerana sudi mengundang saya ke studio beliau dan menyediakan juadah yang enak. Terima kaseh saya kepada semua yang hadir, maaf saya tidak dapat menyebut nama semuanya disini. Insyallah kalau diberi peluang lagi....saya akan kembali ke tanah tumpah darah saya ini. Tempat jatuh lagi di kenang.....