Wednesday, October 24, 2012

Pemantapan Modul Asas Silat Tahap II


 Program ini adalah sebahagian daripada Program Bimbingan Seni Budaya Negara yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.


 

Modul Asas Silat Tahap II telah dihadiri oleh Penggubal Modul yang memang telah diwujudkan dari modul asas pertama lagi. Mereka ini terdiri dari pakar/mahaguru dalam perguruan silat yang berbeza. Dikumpulkan untuk bersama sama wujudkan Modul Asas Silat yang akan di ajarkan di sekolah sekolah oleh Jurulatih Seni Budaya Negara yang telah lulus dalam ujian nanti




Alhamdulilah saya juga terpilih tetapi bukan kerana saya tahu bersilat. Saya terpilih sebagai Penasihat dalam bidang anatomi dan pergerakan yang akan dilakukkan oleh pakar pakar silat ini sendiri




Penggubal Modul ini terdiri daripada 1) Dr Baharin bin Ibrahim 2) En Muhammad bin Md. Nor


3) Dr Nor Azman bin Abd Aziz  4) En Azlan Ghanie


5) saya sendiri selaku penasihat bahagian anatomi/pergerakan



6) En Wan Mohd Azlan bin Wan Mohd Hussain




7) En Zulkerfli bin Hussin dan  8) Dr Aziwahija bin Yeop




gambar dibawah : En Zulkefli sebagai model kami



En Azlan Ghanie selaku penasihat tentang Adat dan Adab



Aksi hebat dari Dr Aziwahija bersama En Zulkefli 




Untuk pengetahuan awam, modul asas silat ini tidak bertujuan untuk membelakangkan penguruan yang sedia ada dan juga tidak menggunakan pergerakan sesuatu perguruan sahaja.  Modul ini hanyalah sebagai ASAS pergerakan yang akan di ajarkan kepada murid murid sekolah bertujuan sebagai pemangkin minat agar anak anak sekolah tidak kira kaum keturunan untuk bersama belajar seni bela diri melayu

 




Modul Asas Silat Tahap II belum dilaksanakan sepenuhnya. Kami dikehendaki untuk bertemu dan berbincang untuk kali terakhir sebelum tamat tahun ini. Kami berharap agar modul ini dapat diselesaikan  secepat mungkin supaya dapat di laksanakan pada tahun depan bagi melatih Jurulatih Seni Budaya Negara (silat).

Terima kaseh saya ucapkan kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang begitu peka untuk membangkitkan minat seni silat ini kepada generasi muda. Mari la kita sama sama bersatu dalam mengekalkan seni yang kita warisi dari datok nenek kita. Kalau bukan kita....sapa lagi yang akan mengekalkan seni silat ini