Wednesday, June 19, 2013

Road Tour Peninsular Malaysia 'Pump De Jamzz' - Step Aerobics MasterClass - Kuantan

 Tujuan saya mengadakan Masterclass ini adalah untuk mengajar peserta bagaimana cara untuk membuat koreografi yang mudah dengan menggunakan pelantar step. Ramai diantara peserta tidak begitu terdedah dengan penggunaan pelantar step memandangkan alat ini agak payah dan mahal untuk diperolehi. Alat ini juga hanya sesuai digunakan di studio dan kurang sesuai untuk senaman massa.

Target saya adalah studio studio senaman yang mempunyai alat ini tetapi kurang pengetahuan bagaimana untuk menggunakannya. Saya berharap dengan terdedahnya pengetahuan tentang betapa 'interesting'nya membuat koreografi menggunakan alat ini, akan tumbuh lebih ramai instruktur yang berupaya untuk menarik perhatian lebih ramai orang untuk bersenam menggunakan pelantar step.

 Road Tour saya pada tahun 2013 adalah tour saya bersama 'Pump De Jamzz' iaitu signature untuk Masterclass Step Aerobic.


Saya telah membuka tirai dengan memulakan Road Tour saya di Kuantan, Pahang.


Alhamdulliah, penyertaan sangat mengalakkan dengan 1 sesi di sebelah pagi dan dan satu lagi sesi disebelah petang.


Selain dari Kuantan, terdapat penyertaan dari daerah Rompin, Pekan, Muadzam dan yang paling menarik sekali ada  yang datang jauh dari Besut, Kelantan, Kemaman, Terengganu dan Segamat, Johor. Terima kaseh yea kawan kawan semua kerana sudi datang dari jauh


 Masterclass saya pada kali ini lebih tertumpu kepada bagaimana untuk membuat koreografi yang simple dan berkesan dengan menggunakan pelantar step




Kelas ini berjalan tanpa henti selama 2jam dan  semangat peserta untuk menghabiskan sesi 2 jam amat memberangsangkan






peserta dari Rompin

Ideal SlimFit dari Kuantan


bersama geng geng Kuantan



Gambar beramai ramai dengan sesi pagi


 Sahabat dan fellow intructor,  tuan punya Ideal SlimFit Dr Zuraidah Fadzilah


Tuan punya Ideal SlimFit - Nozahiyah yang juga merupakan instruktur yang dedikasi dan aktif di Kuantan


Kawan lama saya - Datin Azam Johan pun dtang jauh dari Rompin bersama anak anak murid beliau


sesi penyampaian sijil - 






Saya mohon maaf kerana tidak dapat  letak semua gambar individu semase sesi penyampaian sijil kerana terlalu ramai. Saya sarankan puan puan lihat gambar gambar ini dalam album Masterclass Step di FB Dr Zuraidah.
Terima kaseh Pahang kerana sudi menjadi lokasi pertama Road Tour 'Pump De Jamzz' , terima kasih Dr Zuraidah dan Nor kerana menjemput saya dan terutama terima kaseh saya kepada semua peserta yang sanggup datang jauh dan dekat semata mata untuk menimba ilmu. Saya berdoa agar hidup kita semua di berkati Allah dan  ilmu ini dapat memberi manafaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat setempat.
Amiin....ya rabbal...a'lamin