Alahamdulilahh....selesai sudah Kursus Kecergasan Fizikal yang telah di anjurkan oleh pihak Tentera Laut Di Raja Malaysia di pengkalan Lumut
Peserta yang hadir bukan la orang sebarangan tetapi terdiri dari Jurulatih jurulatih (coach) dan atlet Tentera Laut DiRaja Malaysia
Mereka terdiri dari jurulatih dan atlet diantara nya dari bola sepak, olahraga, menembak, archeri, bola keranjang, tae kwando dan renang. Maaf yea kalau ade yang ketinggalan.
Mereka ini semua memang sudah mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang masing masing,
walau bagaimana pun mereka tetap rendah diri dan akur dengan apa yang kami cuba sampaikan dan ternyata banyak pembelajaran baharu yang mereka perolehi dari kami bertiga iaitu yours truly, Pn Jamuna Rani dan En Malek Abd Majid
bersama Malek Abdul Majid
sedang melakukan regangan statik
latihan dalam kumpulan
ilmu yang ada ini tidak la banyak mane tapi saye cube curahkan segala yang ada untuk memberi mereka idea dalam meningkatkan prestasi dalam sukan yang mereka ceburi
selepas regang....baharu terase penat
kami bertiga dengan kerjasam dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor telah mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan kepada peserta. Mereka adalah peserta pertama yang di uji dibawah sistem UKJK yang terkini.
sesi memanaskan badan bersama Malek Abdul Majid
sesi daya tahan dan kekuatan otot bersama yours truly
saya memandang tinggi terhadap mereka kerana mereka melakukan bleep test dalam keadaan panas walaupun baharu pukul 10 pagi akan tetapi disebabkan kedudukan pengkalan ini ditepi pantai, cuaca yang panas ini tersangat menduga kekuatan dan tenaga mereka
kebanyakan mereka lulus cemerlang dalam bleep test dan ujian UKJK secara keseluruhan nya
sempat bergambar bersama Pegawai dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor, En Asri Samad
hahh....nasib baik la kawan kawan saye ini sudi datang membantu, terima kaseh yang tidak terhingga kepada Kak Naimah aka Mama Rock, Kak Roy and Anim yea kerana tidak jemu jemu membantu. Terima kaseh juga kepada Kak Roy diatas kiriman rojak Manjong yang terkenal itu.
saya terpakse meninggalkan kursus ini lebih awal untuk meneruskan perjalanan saya ke Baling untuk kursus seterusnya. Perkara ini telah saye maklumkan pada peringkat awal perbincangan dengan penganjur dan alhamdulilah saye telah diberi pelepasan. Terima kaseh Pn Jamuna Rani dan En Malek kerana memahami situasi saye (saya telah selesaikan topik topik saye baharu saye dilepaskan seperti yang disyaratkan)
Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada En Halim, En Suhaimi ,Komander Azizan dan En Asri Samad kerana memberi kepercayaan kepada kami bertiga untuk mengendalikan kursus ini. Terima kaseh daun keladi. amiinnn......