Bahagian Pembangunan Sukan,Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan kerjasama bersama Majlis Sukan FELDA bagi melaksanakan Kursus Akreditasi Instruktur Kecergasan (Asas Senamrobik) di setiap wilayah FELDA
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan ilmu asas Instruktur Kecergasan di mana para peserta yang hadir akan menjadi duta kecergasan di wilayah masing-masing.
Gambar gambar semasa majlis penutup bersama staf Majlis Sukan FELDA dan Penyelaras dari Wilayah Segamat dan Wilayah Johor
Diantara objektif penubuhan Majlis Sukan FELDA ia lah untuk menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan semua warga FELDA dan melahirkan ahli sukan berprestasi tinggi yang boleh menyumbang kepada sukan negara
Meriah!!
sesi pembelajaran
steadi je semua pada hari pertama
tekun belajar perkara yang sangat baharu buat mereka
Penghuluwati yang sangat berdisplin dan telah menjalankan tugas dengan baik sekali
ade yang tersenyum dan ade yang masih bingung
para jejaka tampan warga FELDA yang turut serta dalam kursus ini
The Iron Lady behind Majlis Sukan FELDA - Pn Hajah Roselina Idrus, tanpa beliau...belum tentu akan tercapai hasrat FELDA untuk mewujudkan Majlis Sukan FELDA yang berprestij ini. Pn Roselina bergambar bersama orang kanan beliau - cik Shila yang tak jemu jemu memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus ini
Majlis makan malam yang disertai dengan persembahan dari setiap kumpulan
Tiap kumpulan di beri hadiah dan gelaran sebagai dorongan untuk mereka bekerja dengan lebih keras lagi. Idea yang sangat baik dari Pn Roselina sendiri
Jelas sekali mereka sangat dedikasi - bukan calang calang yea, hebat tau warga FELDA
sempat bergambar bersama sahabat - dari kiri Aishah, Musz (Pegawai dari KBS) dan yours truly
bersama penyelaras yang sentiasa mengawasi anak anak buah mereka (abg yang bermisai tu mmg seorang jurulatih kecergasan yang bertauliah - hero macho abg misai melintang ular sawa abg Mus)
bergerak dan terus bergerak
laku betul minyak gosok dan ubat penahan sakit
from left : Redza, Aishah, Shila and yours truly
haaa....nengok tu...betapa dedikasinya peserta ini....walaupun cedera dan terpaksa duduk di kerusi roda, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus belajar. Saya bangga dengan anak anak buah Pn Roselina ini. Syabas!!
Pn Roselina pernah menjadi guru aerobik saya semasa saya mula mula berjinak didalam bidang ini pada awal 90an dulu. Tak sangka kami dapat bekerjasama setelah hampir 20 tahun tidak bersua. Tabek spring saya pada beliau
makan malam bersama pengurus wilayah dan peserta
ape la tu yang Musz buat tu....sikit punya concentrate membelek handphone
sedang menonton persembahan menarik dari peserta
pandangan dari tingkap bilik saya di tingkat .... errr...lupa lah..
sebilik dengan aishah (tingkat berape ek Nchah?)
view from New York Hotel, Johor Bahru
haaa....ni kawan lama ni... Yazid Abdul Rani sedang beraksi. Dia bersama dengan saya sebagai tenaga pengajar di kursus ini
abang ni asyik je amek gambar orang....tanpa dia sedari saya pun amek gambar dia . Dia photographer yang telah di lantik untuk mengambil gambar dan video semase kursus dijalankan
yours truly bersama Puan Hjh Roselina yang mempunyai wawasan yang hebat untuk Majlis Sukan FELDA, malah Majlis Sukan FELDA sangat beruntung mendapat beliau sebagai Pengarah kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Beliau adalah mantan Pengarah Majlis Sukan Melaka dan mantan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Kudos to you my friend, very proud to have you around in the industry.