Setelah berbincang secara tidak formal dengan pegawai yang bertanggung jawab, alhamdulilah saya telah diundang untuk turut serta di kursus yang diadakan di Thistle Hotel, Port Dickson

Pegawai pegawai yang terlibat terdiri daripada Pengarah Pengarah Negeri yang dijemput khas dari tiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Kursus ini juga melibatkan Datuk Kasmuri yang didatangkan khas untuk sesi kepimpinan

Tampak menawan, cemerlang dan terbilang semase memakai baju koperat

yours truly sempat posing di balconi bilik

Pengarah pengarah wanita yang score tinggi dalam penilaian bersama Dato Kasmuri - hebat mereka ini

bersama saya dalam slot perbincangan mengenai gaya hidup sihat

dah mula bergerak bersama Saiful di slot Senam Seni 1 Malaysia

Sesi bersenam dengan aturan yang betul

perbincangan bersama saya dalam Prinsip Asas Senaman

menawan, cemerlang dan terbilang!! - memang sporting mereka ini walaupun pangkat mereka tinggi di Jabatan Pertanian

saya tabek mereka ini, walapun bersongkok haji tapi masih mampu bersenam dengan baik

sesi bagaimana untuk bersenam dalam pejabat

aikkk.....sempat urut lagi...

larat tak ni.... fuiyoo....larat.... memang mereka hebat, mereka patut dicontohi

bukan senang hendak menyakinkan orang cerdik pandai ni. Banyak soalan soalan yang bernas yg perlu di jawab. Kalau tidak punya ilmu, jangan la berani nak berdepan dengan mereka

Alhamdulilahh... semua telah selesai. Feedback yang saya terima pun sangat menggalakkan. Insyallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi. Mohon agar Tuan tuan dan Puan puan semua teruskan bersenam dengan cara yang betul dan hargai la tubuh sendiri.
* Terima kaseh saya ucapkan kepada En Sabran dari Kementerian Belia & Sukan Malaysia kerana memperkenalkan saya kepada Puan Ju. Terima kaseh Ju kerana memberi kepercayaan kepada saya . Terima kaseh Rich Learning Sdn Bhd (Puan Maizatul) kerana sudi handle program ini dan jutaan terima kaseh kepada semua peserta yang begitu sporting dan sentiasa menceriakan keadaan. Alahamdulilahh....terima kaseh Allah...