Bermula pada sekitar tahun 2010-2011, saye sering mengadakan bengkel pengenalan kecergasan iaitu - Tour Kecergasan di seluruh negara bersama Rich Learning & Training. Tour kami bermula di Komplek Rakan Muda Puchong dengan penyertaan lebih seratus peserta. Tanpa saye duga, berikutan daripada program tersebut telah melahirkan ramai instruktor di negara ini dan yang paling penting telah melahirkan minat komuniti setempat untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Berikutan itu, telah terbentuk satu kumpulan masyarakat yang menubuh Kelab Sukan Komuniti Dinamik (KSKA) yang diketuai oleh Pn Siti Rahmah.
Pn Julie dan Pn Ida telah menubuhkan Julieda Team pada bulan November 2013 dan sambutan semakin baik memandangkan mereka bukan sahaja mengadakan senaman aerobik biasa, mereka juga menganjurkan zumba dan aerodance
Paling membanggakan mereka telah menggunakan khidmat anak didik saya sendiri dan jurulatih tetap mereka adalah Herniwati Hadi dan Azie Hadif.
Gambar diatas menunjuk Julieda Team bersama instruktor Herniwati Hadi dan Azie Hadif selepas menyertai rancangan Wanita Hari Ini di TV3
Orang kuat Julieda Team dari kanan Julie Azulie dan Ida Kamaruddin
Mereka mengadakan kegiatan sihat ini setiap minggu bertempat di Majlis Sukan Negara Keramat.
Alhamdulilah...apa yang cuba saye sampaikan selame ini telah menunjukkan 'feedback' yang positif. Syabas saye ucapkan kepada Julie dan Ida yang begitu kreatif dan bersungguh sungguh untuk melanjutkan kegiatan sihat ini kepada masyarakat setempat. Mereka adalah diantara 'intan' yang amat penting dan menjadi tauladan yang baik untuk komuniti lain. Memandangkan kepada respon, saye merase amat bangga dengan mereka dan instruktor mereka dan bersyukur kehadrat ilahi, walaupun saye tidak berbuat ape ape akan tetapi inisiatif pertama saye membuahkan sesuatu yang positif. Alangkah baiknye sekira lebih ramai lagi masyarakat diluarkan sane bersikap seperti Julie dan Ida memandangkan
obesiti dan sakit jantung adalah musuh pertama masyarakat Malaysia. Syabas dan tahniah Julie dan Ida.
Malaysia needs more people like the both of you! You really make me proud...alhamdulilahh