Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan bilangan instruktur kecergasan yang berpengetahuan

selain itu ia juga bertujuan untuk mewujudkan kelompok instruktur kecergasan yang mampu menggerakkan aktiviti kecergasan khususnya senamrobik kepada masyarakat sekeliling disamping program 'Senamrobik Komuniti'

Kursus ini juga bertujuan untuk mewujudkan golongan penggerak yang mampu memupuk budaya hidup cergas, sihat dan bersatu sesuai dengan slogan 1Malaysia!

sambil menanam semangat kecergasan dikalangan orang ramai secara keseluruhan dan khasnya dikalangan belia sehingga ke peringkat akar umbi

Kursus kali ini telah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

peserta semasa menjalani praktikal
tak tau kenapa mereka bersembunyi dibelakang pentas untuk berdiskusi
begitu tekun menjalani latihan
haaa....ini dia anak dara Makwan Bee, Miran sebagai pembantu kursus kali ini
Puan Norzila (berdiri berbaju biru) sedang menunjukkan aksi semasa latihan praktikal
4! 3! 2! ........ bersemangat nampak..!
sempat berposing pulak tu... ehehe
semasa ujian praktikal. yang dua orang sebelah kiri tu pegawai.... saje menumpang bergambar yea...
peserta terbaik dari Kuala Lumpur
Fion, salah seorang peserta berketurunan cina
salah seorang peserta dari angkatan tentera, dia ni pumping selambe je....hebat!
gambar bersama mentor negeri Pulau Pinang, Makwan Bee
kalau nak tau depa ni ....sorang sukarelawan polis, seorang lagi jururawat, nice knowing you girls!
Mereka semua ini begitu bersemangat tapi adat belajar, ada yang lulus, ada yang terkandas. Ini tidak bererti mereka gagal. Cuba dan cuba lagi, jangan berputus asa yea...
Pengalaman yang indah yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila di Pulau Pinang - 6hb-10hb November 2010 *wink*