Tuesday, June 23, 2009

SenamSihat TV2 bersama Nadia Chantek

Saya digandingkan bersama Nadia Mustapha sekali lagi untuk slot SenamSihat TV2. Kali ini kami shoot sebanyak 4 slot lagi. Pagi pagi lagi saya dah tersangkut di jam selepas tol Sg Besi sampai lah selepas angkasapuri selama 1 jam. Shooting yg sepatutnya bermula pada pukul 8.30am terpaksa dimula sejam lambat. Kami shooting di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya. Sehabis shoot sekitar jam 1 tengahari, perut masing masing dah berbunyi. Nasib baik kami semua ada kesefahaman, jadi mudahlah kami bekerjasama. Masing masing tahu tugas sendiri dan pengambaran berjalan dengan lancar. Saya diberitahu kemungkinan besar program ini akan ditayangkan di TV2 sekitar penghujung bulan Jun ini. Waktunya belum ditentukan.



camerawoman?
ini la Production Assistant dan Director untuk program ini. Sempat berposing....
slot pertama yang menggunakan stepboard dan stick melakukan senaman kardiovaskular untuk pesakit kencing manis




slot kedua pula, membuat pelaziman otot untuk orang yg mempunyai sakit belakang


Nadia yang tidak sombong dan very professional, langsung tidak ade attitute, saya memang dah lama minat dengah lakonan dia yang selamba dan tidak control cun


taktau lah senaman ape ini, senaman tunjuk hidung kot..


sedang menunggu giliran untuk slot minggu ketiga


membuat pelaziman otot untuk orang yg obese

ini pula senaman untuk wanita hamil untuk minggu yang seterus nya




matahari dah mula terpacak dilangit, mata kami dah mula sepet, perut dah keroncong


yeyyy.....dah settle semua, kami bergambar kenangan bersama sambil bincang kemana nak pegi lunch. Abang baju belang tu abang cameraman yg begitu sabar melayan kerenah kami. Kami akan berjumpa lagi kemungkinan bulan depan untuk pengambaran seterusnya..