Thursday, September 18, 2014

Bengkel Women Fitness Kawasan Setiawangsa

Saya di jemput sebagai penceramah di bengkel tersebut diatas.
 Setelah berbincang dengan pegawai, saya cadangkan untuk mengajar Aqua Aerobic memandangkan lokasi bengkel ini hanya beberapa langkah sahaja dengan Pusat Latihan Paralympic yang terletak d kawasan Kg Pandan
 Tanpa di duga kami mempunyai penyertaan dari Kelantan, Pahang dan kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
 Saya meminta jasa baik anak didik saya Siti Aminah Yusof dari Rawang untuk mengajar aqua aerobic memandangkan lutut saya maseh belum pulih sepenuh selepas operasi tempohari

 Pn Siti Aminah mengendalikan kelas ini dengan baik selagi dan terasa bangga melihat anak didik berjaya

 Peserta pun nampaknye gembira sekali bermain air sambil bersenam.
 Bersama sahabat baik dan Presiden One Nation Fitness Club En Abd Malek Abdul Majid

 Setelah penat bermain air, saya mulakan ceramah pendek saya mengenai kecergasan dan kesihatan.





Sebagai penutup, saya menjemput wakil instruktur dari Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk satu sesi senamrobik




 Kami teruja dengan penyertaan seorang adik kecil yang tidak segan segan melakukan senaman.


Alhamdulilah, walaupun bengkel ini singkat dan padat, saya dapati peserta semua sangat teruja dan puas hati. Semuga semua wanita di luar sane tidak mempunyai alasan untuk tidak menjalani hidup yang sihat.
Lihat sahaja peserta peserta ini, walaupun selepas aqua aerobic, mereka maseh mampu lagi melakukan senamrobik
Wanita yang sihat adalah wanita yang bahagia!!
I love u all...!!

Sunday, September 14, 2014

Kursus Jurulatih Budaya Negarab(JSBN) Muzik & Tari Tahap I

Asallamuallaikum.
Agak lame juge saye tidak membuat 'posting' di blog saye ini, bukan kerana ape ape cume sejak kebelakangan ini saye agak sibuk dengan tugas harian dan ade beberapa komitmen yang lebih memerlukan saye. Sebetulnye ade banyak kegiatan yang saye tidak sempat ambil gambar dan simpan untuk saye paparkan disini. Saye mohon maaf jikalau ade kursus/bengkel yang tidak sempat saye selitkan yea. Saye akan cube cari dan gali semula gambar gambar berkenaan.

Baru baru ini saye telah di jemput untuk menjadi fasilitator di kursus yang berkenaan di atas.


Agak lame jugak lah Jabatan Kebudayaan tidak menganjurkan kursus. Memang rindu rasenye untuk bertemu dan mengajar peserta.


Kali ini giliran JKKN Negeri Johor yang menganjur dan peserta yang hadir semuanya dari daerah daerah di negeri tanah tumpah darah ku

Pn Jumaninor selaku jurulatih yang membantu saye

Bagi saye, orang Johor ni memang 'multi talented'. Kebanyakan orang Johor memang pandai berzapin atau berjoget atau bermain alat musik. Kami ni selain boleh berzanji dan bermarhaban, kami juga bole bernyanyi dan menari dengan baik.

Maka disebabkan kelebihan ini, semua fasilitator yang hadir tidak menghadapi ape ape masalah dalam menyampaikan ilmu kepada peserta pserta ini. Kerja kami menjadi terlalu mudah.
Walau bagaimana pun tidak semua peserta mempunyai daya tahan yang kuat, ade seorang dua yang keletihan yang amat sangat kerana kursus ini telah di pendek kan sehari yang mane biasenye memakan selame 6 hari tetapi kali ini hanye 5 hari

Kami faham bukan mudah untuk menghafal semua pergerakan dan dikehendaki untuk belajar teori dalam waktu yang singkat ini


Barisan Penguji dari kiri : En Abu Bakar, Tuan Syed Najib, yours truly and Pn Jumaninor

Persembahan tarian pada hari penutup





Persembahan cak lempung dan gamelan dari peserta musik

Bersama Pembantu Jurulatih Cik Nina dan Pn Jumaninor
Terima kaseh Hotel Sri Malaysia for the good service