Monday, July 15, 2013

Road Tour Peninsular Malaysia - Pump De Jamzz' - Step Aerobic Masterclass - Johor Bahru, Johor


Berbincang dengan Pn Rashidah Helmi memang mudah sahaja. Orangnya lemah lembut dan sangat terbuka dengan cadangan. Dia contact saya melalui facebook dan kami pun berbincang bagaimana untuk mengadakan masterclass step aerobic yang jarang diadakan di Johor Bahru. Johor Bahru, kampung asal  keluarga saya dan rasanya di perkampungan kami iaitu WadiHana sudah tidak ada lagi rumah rumah besar tersergam. Yang tinggal hanya lah kenangan sewaktu menziarah nenda dan kenduri kendara saudara mara yang diadakan dirumah nenda. Setiap kali kenduri kahwin pasti ada 'samrah' iaitu zapin dari negeri asal usul kami yang hanya ditarikan oleh pihak lelaki dengan bunyi gendang yang mengasyikkan.


Sewaktu berbincang dengan Pn Rashidah Helmi, saya rasa excited untuk pulang ke Joho (orang asal negeri Johor memanggil Johor Bahru sebagai Joho sahaja). Orang kecergasan di Joho memang terkenal aktif dan sentiasa update dengan kegiatan terkini di pasaran. Mereka tersangat terbuka minda untuk mencuba yang baharu dan terkini.


Dengan kerjasama dan semangat setiakawan yang kuat, Pn Rashidah dapat mengadakan dua sesi iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi selepas waktu tengahari. Penyertaaan sangat menggalakkan tidak seperti yang kami jangka


Seperti mana yang saya bilang awal tadi, orang Joho memang sangat terbuka minda, mereka berupaya melakukan dengan baik sekali dengan semangat yang mana membuat saya mahu memberi lebih dari sepatutnya. 

 
Walaupun ada di antara mereka ini agak kekok pada mulanya, mungkin kerana tidak biasa melakukan pergerakan menggunakan step board akan tetapi mereka tidak mahu mengaku kalah dan terus mencuba sehingga dapat menguasai koregrafi yang saya bentangkan.



Pn Rashidah Helmi, yang berbaju merah berseluar putih, seorang yang lemah lembut tapi cekap bekerja dan pandai masak. Dia telah menjamu kami berbagai hidangan dan yang paling saya tidak boleh lupa ialah kari nya.


Bergambar kenangan bersama kawan kawan baru dan lama


Ratu Bokwa Malaysia, Dashrina Daud atau lebih dikenali sebagai Dash pun turut serta. Thank you Dash for joining. You've been a good sport.




Maaf kerana tidak dapat letak gambar semasa pemberian sijil kerana ramai sangat takut tak muat



Orang lama, Ramlah Yunan yang sentiasa ceria dan awet muda


Alhamdulilah....terima kaseh saya ucapkan kepada Pn Rashidah Helmi yang sudi menganjurkan MasterClass ini. Terima kaseh tidak terhingga kepada para peserta yang datang dari jauh dan dekat untuk turut serta. Insyallah kalau ade rezeki kita berjumpa lagi. Saya memang sentiasa gembiar dan teruja untuk pulang ke negeri Johor dan share ilmu yang tidak seberapa ini.