Monday, October 15, 2012

Kursus Jurulatih Senam Seni - Agensi Anti Dadah Kebangsaan


 Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengundang saya bersama kawan kawan untuk mengadakan kursus Jurulatih Senam Seni Malaysia untuk sebahagian daripada pegawai pegawai mereka yang datangnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak




 salah seorang peserta dari Sarawak di arah untuk membuat perkiraan Formula Karvonen. Tujuan saya adalah untuk memastikan mereka faham apa yang telah saya sampaikan. Alhamdulilah mereka semua boleh membuat perkiraan formula itu dengan jelas


semasa sesi teori


bermula dengan dengan pengajaran musik



saya perhatikan mereka ini agak terkejut bila di bentangkan dengan pengajaran teori.
mungkin mereka menganggapkan bahawa untuk menjadi jurulatih hanya perlu berlatih secara praktikal sahaja



ada diantara mereka telah menunjukkan minat yang mendalam walaupun pada mulanya agak payah untuk mereka terima pengajaran teori



group discussion


Ija telah memulakan sesi praktikal


kami memang sengaja memberi mereka banyak latihan praktikal memandangkan didalam ujian nanti mereka diwajibkan menghafal setiap gerak mengikut rentak lagu



selama 3 hari dari pagi sehingga malam, mereka terus terus berlatih bagi memantapkan pergerakan mereka



peserta dari Kelantan (berbaju hijau) telah memberi komitmen yang sangat baik walaupun ia agak kekok pada mulanya



berlatih dan terus berlatih



dari kiri Saiful, Ija dan Salleh dalam sesi praktikal



terus berlatih



dari kiri: yours truly bersama Ija dan Salleh


kami tinggal d rumah tetamu yang amat luas, kemas dan cantek. ini pandangan dari bilik saya.

Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangasaan ini terletak di Sungai Petani. Saya amat gembira dapat datang lagi ke Sungai Petani setelah beberapa tahun tidak menjejak kaki d daerah ini.  Kali terakhir adalah semasa saya bersama team Senam Sihat TV1 berkunjung untuk shooting d Komplek Chinta Sayang pada tahun 2008.