Orang pertama yang terlintas dikepala saya ialah Puan Lis Ramli. Ini bukan lah kali yang pertama saya bekerjasama dengan beliau. Kami memang berhubung tiap kali saya ke Kota Bahru. Bekerja dengan Puan Lis memang mudah sebab beliau seorang yang profesional
Pada hari pertama, Ros Studio telah membuka tirai untuk Masterclass ini
Terima kaseh Ros dan partner kerana sudi menerima saya
Peserta yang datang pun bukan calang calang orang dalam industri ini. Kebanyakan mereka terdiri dari kaum cina yang telah lama melakukan step aerobics
Terasa kagum dengan peserta yang rata rata tidak kekok dengan step aerobics. Mereka dapat melakukan dengan baik sekali
Pada hari berikutnya pula, satu lagi sesi telah diadakan di Enrichlife Centre Ladies Gym & Fitness
Mereka ini pun sehebat kawan kawan mereka di Ros Studio. Kebanyakan mereka memang sudah biasa malah ada diantara mereka adalah instruktur step aerobics di Kota Bahru
maaf kerana tidak dapat menghidangkan gambar sepenuhnya kerana ada diantara peserta berhijab semasa di luar studio
Bersama Cek Gu Zae semasa sarapan pagi sebelum bermulanya kelas. Sangat gembira dapat berjumpa kawan kawan lama seperti Lis dan Cek Gu Zae. Aduh...aduh...nasi dagang di pagi hari.... im in heaven!
Sebelum balik, saya dan Lis sempat menjamu selera di restaurant masakan cina yang dikendalikan oleh seorang muslim yang berketuruan cina
Saya berharap agar dapat lagi datang ke Kelantan dan bersama sama dengan teman teman. Sayangnya tiap kali saya pergi, saya agak berebut dan tidak sempat nak bermesra dengan kawan kawan. Insyallah lain kali saya akan datang dan tinggal lebih lama lagi, asalkan kawan kawan di Kelantan sudi menerima saya.
Setinggi tinggi terima kaseh saya kepada Pn Lis kerana sudi menerima saya dan saya harap ini bukan la kali terakhir saya ke Kelantan. Terima kaseh saya jugak kepada para peserta yang begitu 'open' menerima saya walaupun kebanyakan mereka sudah memang sedia maklum hebat dalam step aerobic.