Saturday, April 23, 2011

Kursus Akreditasi Kecergasan (Asas) Jabatan Latihan Khidmat Negara

Setiap kali kalau ikut jalan belakang dari Felda LBJ untuk ke LCCT, saye selalu ternampak sign board yang mengarahkan kepada Kem PLKN Princess Haliza yang terletak di Sungai Pelek, Selangor. Name kem ini memang menarik sekali. Tanpa saye duga, saye telah ditugaskan untuk mengajar kursus di kem ini dari 18hb April hingga 21hb April 2011. Ini bukan lah kali pertama saye mengajar kursus di kem latihan PLKN, malah saye pernah ke Baling, Kedah, Tawau di Sabah dan di Air Keroh Melaka untuk mengajar kursus yang lebih kurang same.



gambar dibawah ini menunjuk kan dewan kuliah dan latihan. terdapat lebih kurang 6 buah dewan kuliah dan latihan yang terletak bersebelahan




dewan tempat makan pelatih




tempat tinggal jurulatih PLKN. saye menginap disalah sebuah bilik disini





seramai 104 peserta telah hadir dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak



peserta sedang melakukan latihan dalam kumpulan





peserta terdiri dari kalangan Jurulatih Pelatih Latihan Khidmat Negara yang dikehendaki mengajar senamrobik di kem latihan pada setiap pagi




dari pemerhatian saye, mereka ini mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kecergasan




saye percaya jika mereka rajin berlatih, mereka akan menjadi seorang jurulatih kecergasan yang baik berdasarkan kepada semangat dan minat mereka.




mereka ini begitu mesra bergaul dan menunjukkan semangat kerjasama yang baik mungkin dari laithan mereka sebagai jurulatih PLKN walaupun ade dikalangan mereka ini baru pertama kali berjumpe




semase sesi teori



sesi teori telah diadakan didewan makan yang luas





walaupun bilangan peserta lelaki kecil dibandingkan dengan bilangan peserta wanita, mereka ini tidak kalah dari segi persembahan semase latihan dan ujian





peserta wanita yang cun melecun





kami yang terlibat dari kiri berdiri : Salleh, Redza dan Muzhafar
dari kiri duduk : Pn Norzila (Kedah), Pn Aishah (Johor), Pn Josephine Chor (Perak) dan yours truly




semase ujian praktikal dijalankan





Ucapan terima kasih saye ucapkan kepada para peserta yang hadir. Walaupun ade diantara peserta yang tidak lulus dalam ujian, ini tidak bererti anda tidak akan berjaya dalam bidang ini. Jangan lah berputus asa, buat latihan mendengar rentak/para/blok musik dan sentiase berlatih melakukan pergerakan dengan betul, insyallah... pasti boleh berjaya.
Bagi yang telah lulus, jangan lupe untuk menjalankan amanah yang telah diberi dengan baik

Semuga kite berjumpe lagi

Sunday, April 17, 2011

Road Tour Kecergasan - Kuching, Sarawak - 14hb Mei 2011

Bengkel sehari ini adalah bengkel penyediaan untuk ke kursus asas jurulatih. Dibengkel ini kita akan belajar bagaimana hendak menggunakan musik didalam senaman dan gerakan asas senaman. Paling sesuai sebagai penyediaan untuk ke Kursus Asas walau bagaimana pun, saya menggalakkan juga peserta yang pernah mengikuti Kursus Asas sebagai refreshing course untuk ke Kursus Lanjutan kelak. Sesuai juga bagi mereka yang pernah gagal di Kursus Asas/Lanjutan/Akreditasi. Bagi mereka yang tidak berminat untuk menjadi instruktur tetapi ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang senaman juga digalakkan untuk hadir.


14hb Mei 2011 - Kuching Sarawak,Bilik Seminar Galeri Pustaka


Sesiapa yang minat sila hubungi

Dilot 014 3983009 atau Pn Maizatul 017 2357381