Ini memudahkan lagi kerja saya, Pn Jamuna dan En Malek. Ada diantara mereka memang sudah mula menjinak jinakkan diri mengajar di tempat masing masing
Buat pertama kali nya saya demam semasa kursus, akan tetapi sahabat saya yang berdua itu telah memberi kerjasama yang amat baik
Begitu juga dengan peserta yang telah memberi komitment yang sangat baik dalam setiap tugasan yang diberi. alhamdulilahh....
Sebetulnya saya berasa amat bersalah sebab tidak dapat memberi dengan sepenuhnya kerana saya demam dan batuk yang berat akan tetapi saya gagahkan juga untuk mencuba sedaya saya. Kalau tidak kerana saya telah berjanji dengan pihak penganjur dari tahun lepas rasenya memang saya tolak tugasan ini.
nasib saya baik kerana peserta semua terang hati dan bersemangat untuk memberi yang terbaik
kebetulan pulak ada dua tiga orang choreographer terkenal yang turut sama dalam kursus ini. Selamat datang yea Papa J dan rakan rakan
Saya juga mengundang sahabat saya Shidee & gang untuk datang dan beriadah dengan peserta dengan pergerakan aerobik mereka yang menarik. Ini adalah sebagai exposure kepada peserta peserta bagaimana kah untuk mengendalikan sebuah kelas aerobik yang bertemakan 'fun time'
Pn Jamuna pun tak tahan nampak nye....terus bergerak bersama Shidee, Is dan Farell
payah juga nak tangkap mereka dalam gambar kerana pergerakan yang pantas
saya bersama Malek Abd Majid
sewaktu ujian praktikal bersama Jamuna dari Ipoh, Perak
dalam keadaan demam, saya tetap menjalankan tugas yang diberi, amanah yang saya pegang
Bersama best student bagi kursus ini iaitu Dalila
Bergambar beramai ramai - saya harap mereka ingatkan kami. Saya juga gembira dapat berjumpa dengan Melor yang duduk di hadapan saya dalam gambar dibawah ini. Beliau pernah mengikuti Bengkel Asas saya bersama Rich Learning Sdn Bhd
bersama salah seorang peserta dari Perak - Ninaz Ahmad
Terima kaseh saya ucapkan kepada Norwi dan Shidah yang sudi datang menjenguk kami di KRM
Alhamdulilahh....selesai sudah tugasan saya walaupun saya dalam keadaan demam. Terima kaseh saya ucapkan kepada pihak penganjur - Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor kerana mengundang saya sebagai Tenaga Pengajar. Terima kaseh saya juga kepada sahabat saya Malek Abd Majid dan Jamuna Rani yang memahami keadaan saya pada waktu itu dan memberi kerjasama yang amat baik. Tuhan sahaja yang membalasnya. Terima kaseh saya kepada peserta yang hadir kerana memberi komitment yang amat baik dan jangan putus asa jika anda gagal buat kali ini. Its not the end of the world. Akhir sekali terima kaseh kepada sahabat sahabat yang sudi datang menjenguk kami di Komplek Rakan Muda Taiping - Rosli Siron berserta isterinya Wan dan juga Shidah dan Norwi, Shidee bersama Is dan Farell. Semuga Allah memberkati hidup kita semua. amiin ya rabbal a'lamin....