
Baru baru ini dengan bersama Pn Maizatul dari Rich Learning saye telah menganjurkan satu bengkel 'private' khusus untuk beberape orang yang berminat untuk mendalami ilmu kecergasan.

Bengkel sehari ini lebih tertumpu kepada pembelajaran asas dan lebih berbentuk one to one jika dibandingkan dengan kursus atau bengkel yang selalu diadakan didewan

kami memilih Aero-Fitness Studio di Bandar Kinrara sebagai lokasi pembelajaran kami

bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas kecergasan dan peserta boleh menilai sendiri apekah mereka mampu untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi atau sekadar pendedahan sahaja

pada pendapat saye, bengkel sebegini tidak mendatangkan stres kerana peserta tidak diuji dan dinilai, malah diberi peluang untuk explore kelebihan masing masing

seperti biase, mereka juga di beri sijil penyertaan diatas usaha mereka.


Saye berharap dengan mengunakan konsep one to one ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk memahami pembelajaran dengan lebih mudah lagi, ibarat menghantar anak ke tuisyen. Saye juga berharap agar peserta semua tidak berputus asa dan teruskan pembelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi lagi jika betul betul minat untuk menjadi seorang Jurulaith Kecergasan yang berjaya. Selamat Berjaya yea