
Berdasarkan pengalaman dalam bidang masing masing, kami dapat melaksanakan tugas dengan mudah lebih lebih lagi kerana kami memang sudah biase bekerjasama dari mula lagi sejak pembuatan SenamSeni Malaysia.

Telah di putuskan sebulat suara Penghakiman akan diadili seperti berikut :
* Kreativiti
* Perlaksanaan
* Pergerakan Wajib
Pihak Penganjur iaitu JKKN juga telah memutuskan untuk mengadakan saringan pertandingan pada 11 Julai 2010 dan Pertandingan Akhir akan di adakan pada 18hb Julai 2010.
Pertandingan dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur. Bertanding didalam kumpulan 5 orang peserta bersama seorang peserta gantian dan seorang Pengurus Pasukan.
Mase bertanding adalah 5 minit
Borang pendaftaran dan syarat syarat pertandingan boleh dimuat turun di www.jkkn.gov.my atau facebook dengan katakunci senamseni@ymail.com atau emel kepada zarieysa@yahoo.com atau zahana@jkkn.gov.my
Urusetia Pertandingan SenamSeni 1Malaysia, Tingkat 26, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur
Silalah datang la beramai ramai untuk bertanding atau setidak tidaknya sebagai audience di pertandigan saringan dan pertandingan akhir nanti. SenamSeni Malaysia ada lah produk kita rakyat Malaysia!!