Thursday, October 23, 2014

Karnival Kecergasan Kebangsaan Katergori Stick2Stix

 Selain menjadi Ketua Juri untuk katergori Step Aerobics dan Hakim Pelaksaan bagi katergori Aerobik Terbuka, saya juga di beri amanah untuk menjadi Hakim Artistik bagi katergori Stick2Stix.


Merupakan kali pertama di anjurkan dan di adakan di peringkat kebangsaan.

Saya merasa bertuah kerana di beri peluang sebagai barisan juri yang pertama mengadili katergori ini di peringkat kebangsaa.


Stick2Stix telah diperkenalkan oleh Woman Sports & Fitness Foundation yang diterajui oleh Puan Sri Toh Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil


Dengan pertandingan ini di peringkat kebangsaan, aerobik berasaskan kayu ini akan lebih dikenali ramai.

Ini adalah satu satu produk Malaysia yang cuba diperkenalkan dengan lebih luas lagi

Gambar bawah : Penyokong dan peserta dari Negeri Perak


Berkibar bendera Sarawak tiap kali atlet mereka beraksi

Ini lah orang yang bertanggong jawab diatas penganjuran Karnival Kecergasan Kebangsaan 2014 - Puan Pengarah Kecergasan di Kementerian Belia & Sukan Malaysia - Puan Hajah Salmah binti Aziz yang telah cedera sewaktu karnival di langsungkan


Terima kaseh kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan setinggi tinggi terima kaseh kepada Kementerian Belia & Sukan Malaysia kerana menganjurkan program yang dinanti nantikan tiap tahun.

Tuesday, October 21, 2014

Karnival Kecergasan Kebangsaan Kategori Aerobik Terbuka

Ade beberapa kategori yang di pertandingkan dan saya telah di lantik sebagai Ketua Juri untuk Step Aerobic manakala untuk kategori Aerobik Terbuka pula saya telah di lantik sebagai Juri Pelaksanaan atau juga di kenali sebagai Execution Judge


Tugas Hakim Pelaksaan ini dianggap kejam kerana juri ini lah yang akan memotong markah setiap kali peserta membuat kesalahan


Dengan lain lain perkataan tugas juri ini adalah untuk mencari kesalahan tiap peserta


Selain dari segi kesinambungan pergerakan, juri ini juga akan menilai setiap pelaksanaan pergerakan pada tiap peserta. Tiap satu kesalahan akan di tolak sebanyak 0.2 markah


Selain mata yang tajam, fokus yang tinggi juga perlu untuk memerhatikan tiap pergerakan dalam mase 1 minit 30 saat ini

Tiga orang hakim diberi tugasan ini dan markah yang tengah akan di ambil kira supaya permarkahan lebih telus dan adil


Selain juri pelaksanaan, ade dua lagi kategori juri yang mengadili iaitu juri artistik dan juga juri pergerakan wajib


Dr Naha dari Kuala Lumpur sebagai auditor dan pembantu beliau Shamsul Anuar dari Johor


Penyokong penyokong kontingen Sarawak dan Johor


Memperkenalkan juri yang terlibat sebelum menjalankan tugas masing masing

Alhamdulilah...selesai sudah dan kategori ini telah dimenangi oleh Negeri Sarawak. Tahniah Sarawak!!