Friday, December 25, 2009

Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara - Senam Silat

Akhirnya , kursus Jurulatih Seni Budaya Negara dalam bidang Silat telah dapat diadakan dengan jayanya di Borneo Paradise, Beach Hotel, di Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah, dari 17hb hingga 22hb Disember 2009. Ini adalah kursus pertama yang diadakan dan disertai oleh peserta peserta yang datang dari Sabah dan Sarawak. Kami, yang datang sebagai Penggubal dan fasilitator amat berbesar hati kerana kursus ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang baik dari pihak peserta dan penganjur.


Setiap Penggubal telah dibekalkan dengan sepasang baju silat dan sepasang baju koperat berwarna kuning. Uniform silat saya telah di jahit dengan name dan jabatan


sesampai saje kami di Kota Kinabalu, kami terus mulekan kerja kami



yang bercangkung tu Lia, tokey senamsilat



nasib baik ada pihak urusetia, kalau tidak saye seorang sahaja perempuan yang datang bersama pendekar pendekar ini





Kelas telah dimulai dengan kelas Adab & Adat (Cek Gu Azlan Ghanie), kemudian kelas Anatomi & fisiologi (kelas saye), terus masuk pula kelas Senam Siaga iaitu merupakan kelas memanaskan badan & regangan yang dikelolakan oleh Cek Zul




saye berehat dibelakang bersama Bibi dari JKKN Sabah sambil belajar sama dalam kelas Cek Gu Zul




Saye undang Penghulu peserta untuk menunjukkan skil dia semasa kelas saye bermula
Hebat!!



Saye juga mengundang seorang lagi peserta bagi mewakili negeri Sarawak untuk menunjukkan skil persilatan nya. Memang hebat!!





biaselaa...kalau dalam kelas saye ni memang kene dera, apelagi kalau mereka mereka ini memang pesilat pesilat belaka, lagi laa lebih sikit deraannya.... jangan marah yea... :)
Dalam ramai ramai ini, hanya 3 orang sahaja yang dapat bertahan selama 3 minit, yang lainnye kecundang di minit pertama. hmmm.... ??




tidak semua yang mampu untuk melakukan senaman ini.





Cek Gu Mad menunjuk cara melemahkan lawan hanya dengan mengguna aura warna



Cek Gu Azi memulakan jurus




sempat jugak bertarung dengan Cek Gu Zul



kami ni dok peratikan aje: dari kiri yours truly, Cek Gu Lan, Lia (tokey funfair), Fara (pegawai JKKN Sabah) dan Mr Farouk yg encem (Pegawai JKKN Sabah)




peserta terbaik yang kanan sekali (berumur 58) semasa ujian bersama saya



seorang peserta dari Sarawak yang cedera hingga tamat kursus



aiii.... teringin jugak yea Lia, Farouk dan Nonong naik ke pentas, hati hati yea, ramai pendekar tu...


senyap sunyi semasa ujian teori. Macam berasap je kepala tu... eheh



Ini la orang nye yang bertanggung jawab keatas semua kertas ujian yang didatang khas dari Kuala Lumpur, boleh tahan garang dia ni, Pn Munshi


masing masing berbaju silat walaupon dalam ujian teori



yours truly bersama Cek Gu Azlan Ghanie sebagai panel penguji




Majlis Penutup telah di rasmikan oleh ADUN YB Dato Hj Ghullam Nader


Majlis Penutup yg sederhana sebab semua dah dalam mood ndak balik


dari kiri : Cek Gu Bahrine, Cek Gu Zul, yours truly, Cek Gu Mad dan di depan tu Cek Gu Wan sebagai Ketua Fasilitator



Ujian JuruLatih Seni Budaya Tahap 4

Mereka ini kiranye otai otai Jurulatih Seni Budaya Negara. Bukannye senang ndak naik sampai tahap 4, banyak yang mereka wajib lalui dari segi praktikal, teori dan juga pengetahuan am mengenai seni budaya bangsa kita. Syabas saye ucapkan kerana mereka telah sampai ketahap ini dan sekali lagi mereka di uji dengan 11 jenis tarian (teori & praktikal) termasuk pengetahuan mengenai Senam Seni Malaysia.

Mereka ini semua datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuga berjaya dan terus berjaya!



sedang berlatih sesama sendiri






aiii....sempat lagi posing semase sedang berlatih.




Ujian sedang dijalankan





Panel juri untuk Senam Seni Malaysia dari kiri : Adilla, Rashid, yours truly dan Malek





Bakti mereka kepada bangsa tidak dapat kite nilai dengan wang ringgit, mereka memang begitu passionate dengan ape yang mereka lakukan. Semuga Allah memberkati hidup dan kesihatan mereka supaya mereka dapat meneruskan perjuangan mereka dalam menggekalkan seni budaya bangsa kita.