Friday, May 10, 2013

Kursus Instruktur Kecergasan (Senamrobik Tahap) II Zon Timur

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera Warga Instruktur Kecergasan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Skan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang akan melaksanakan Kursus Instruktur Kecergasan (Senamrobik Tahap) II Zon Timur pada ketetapan berikut:
Tarikh : 20-24 Mei 2013
Tempat: Kompleks Rakan Muda Maran, Pahang

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua yang mengenali/mengetahui individu/penggiat kecergasan yang memiliki kelulusan tahap I dan masih belum berpeluang mengikuti kursus Tahap 2 (yang berminat) untuk menghubungi saya bagi memberi maklumat lengkap permohonan untuk diserahkan kepada JBS Pahang bagi urusan pendaftaran dan lain-lain perkara.

Bagi mereka yang telah menyerahkan nama tapi tidak dapat ditawarkan untuk sesi ini di Pahang akan ditawarkan untuk Kursus Tahap II yang akan datang. Maklumat yang diperlukan adalah;

Nama:
No IC:
Alamat
No Telefon:
E-mail:
Salinan buku log,sijil tahap 1 dan dokumen yang berkaitan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya;

Mohd Uzaini Mohamad Sani
Bahagian Pembangunan Sukan
Tel:03-88713172/012-7600467
Faxs:03-8888875988713176
e-mail:uzaini@kbs.gov.my

JBS Pahang
En. Azian 09-5164354/012-9838997

Kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian.