Tuesday, August 2, 2011

One Nation Fitness Club

Mesyuarat Agung yang pertama kelab One Nation Fitness Club telah diadakan pada hari sabtu, 30hb Julai 2011 di MAM Studio di Batu Caves, SElangor

Tujuan utama mesyuarat pertama ini adalah untuk memilih barisan exco yang baharu untuk menerajui kelab kesayangan ramai ini. Kebanyakan ahli adalah dari luar Kuala Lumpur dan kebetulan pula minggu ini adalah minggu untuk kebanyakan orang pulang ke kampung untuk memulakan ibadah puasa, dengan ini tidak ramai yang dapat hadir pada mesyuarat ini.





Memandangkan korum untuk pemilihan ahli jawatan kuase cukup, kami teruskan acara pemilihan pada petang itu.

Ahli ahli sedang meneliti borang keahlian. Dari kiri : Prof Dr Sh Norazizan, Syikin, Suzana dan Ija




Barisan ahli jawatan kuasa yang dipilih : dari kiri Pn Suhana Shukor selaku setiausaha, yours truly selaku Timbalan, En Abd Malek selaku Presiden dan Puan Norlidah selaku Penasihat




sentiasa sihat dan ceria bersama tanpa mengira usia dan pangkat, itu la diantara matlamat 1Nation FC.




dari kiri : Pn Zanariah (Setiausaha), Prof Dr Sh Norazizan (Auditor), Pn Adilla Idris (Ahli Jawatan Kuasa), yours truly dan En Abd Malek selaku Presiden 1Nation FC




Kami berasa berbesar hati kerana pegawai yang menjage kami di Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara (Senam Seni 1Malaysia) Pn Noor Seela telah sudi menjadi ahli Jawatan Kuasa kami. Terima kasih yea Pn Noor Seela.




Kami akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi membentangkan program yang akan diadakan selepas aidil fitri dan sangat mengharapkan sokongan dari semua ahli bagi menjayakan program kita bersama. Insyallah....



Doakan hasrat murni kami untuk menggalakkan kecergasan dan kesihatan dikalangan ahli dan juga masyarakat setempat, insyallah....
Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli, sila layari account FB 'OneNation Fitness Club' untuk keterangan lanjut.

Monday, August 1, 2011

Modul Asas Silat

Mesyuarat teknikal Modul Asas Silat telah di adakan baharu baharu ini di pejabat Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara di Bangunan MAS, Kuala Lumpur. Ini ada lah mesyuarat kedua yang diadakan pada tahun ini. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah untuk berbincang dan mengulangkaji mengenai Modul Asas Silat Tahap II yang akan diadakan pada bulan September 2011 ini. Dengan ini kami sebagai tenaga Teknikal Pembuat/Pembubar Modul Asas Silat berharap agar Modul Tahap II dapat disedia dan dibukukan selewat lewatnya pada tahun ini, insyallah...





Dr Aziwahija sedang memerhatikan En Mohamad melakukan pergerakan regangan yang dicadangkan.



dari kiri Dr Bahrain (berbaju merah) dan Dr Azlan Ghani sewaktu perbincangan





yours truly bersama pegawai dari JKKN
Cik Jamaliah, selaku pegawai yang bertanggung jawab tidak dapat hadir pada mesyuarat ini memandangkan dia diperlukan untuk tugasan diluar. Puan Norzila (bertudung merah) telah mengambil tempatnya buat sementara sebagai pengerusi mesyuarat.

Modul Asas Silat Tahap II sepatutnya telah siap dibukukan pada awal tahun ini akan tetapi memandangkan kesibukan yang melanda semua tenaga pembuat modul, insyallah kami akan cuba selesaikan modul ini secepat mungkin. Diharap benar pada Jurulatih SeniBudaya Negara - Silat Tahap I dapat bersabar dan kami akan pastikan modul kedua ini akan memberi input yang mantap bukan sahaja dari segi teknik silat tetapi juga dari seni saintifik.