Tarian Joghe - Pulau Pinang
Tarian Joghe dicipta dan diilhamkan oleh allahyarhamah Aminah Nani atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Minah, merupakan seorang primadona dan pelopor kegemilangan bangsawan serta sri panggong yang termasyur di Pulau Pinang pada era tahun 1940-an dan 1950-an. Suami allahyarhamah adalah allahyarham Pak Alias.
Saudara Razak selaku fasilitator untuk tarian yang ceria ini.
Tarian ini sering dipersembahkan semasa extra-turn iaitu semasa penukaran babak ke babak dalam persembahan bangsawan oleh kumpulan beliau.
Adalah dipercayai asal perkataan JOGHE adalah merupakan gabungan perkataan JOGET dan GEMBIRA
Gerakan tarian ini mempunyai unsur unsur gabungan tarian India, Arab dan Parsi yang sangat sinonim dengan masyarakat berdarah campuran di Pulau Pinang. Ia dapat di lihat melalui gerakan tangan, kaki dan kepala
Majlis Penutup pada hari terakhir kursus
Mereka kelihatan ceria walaupon badan letih dan ada diantara mereka sedang mengalami demam. Saye merase bangga melihat mereka begitu bersikap professional
Pemandandan dari bilik kuliah, kelihatan bakal bakal guru dari maktab perguruan sedang beriadah di padang
Taman segar di setiap sudut di Seameo-Recsam yang indah dan bersih
note : info mengenai tarian joghe diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara
Tuesday, October 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment