Thursday, October 14, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tahap II ke Tahap III

Tarian Inai Kelantan

Diantara kawasan yang masih mengekalkan tarian ini ialah Kg Benut Susu dan kg Bechah Tendong yang terletak di daerah Pasir Mas. Terdapat unsur unsur mak yong, silat dalam tarian ini dan muziknya ada sedikit persamaan dari segi penggunaan alat seperti gendang (ibu dan anak), gong (ibu dan anak), serunai, canang dan kesi. Tarian ini pada lazimnya dipersembahkan dimajlis kenduri kahwin dan berkhatan. Dalam persembahan Tari Inai ini terdapat seorang yang digelar sebagai 'Jong Pawa' yang mana tugasnya sebagai pemantau persembahan iaitu meletak atau mengutip duit. Pada zaman dahulu, tuan rumah akan menyediakan tikar dimana penonton akan membalikng duit sebagai saguhati atau sekadar ingin menguji kehebatan para penari




Pn Zamzuriah Zahari sebagai fasilitator tarian Tari Inai Kelantan



Tari Inai ini pada asalnya ditarikan oleh kaum lelaki sahaja dan pada lazimnya ditarikan perseorangan.


Puan Zamzuriah menunjuk cara melipat duit untuk diambil dengan mulut oleh penari




Perkara yang penting dalam persembahan tarian ini adalah wang sama ada wang kertas ataupun syiling. Ini penting bagi seseorang penari untuk menyempurnakan gerak tarian ini dimana penari akan meliuk kebelakang dan mengambil wang tersebut dengan menggunakan mulut.



Wang kertas ini akan dilipat kecil dan diletakan dilantai dalam keadaan yang memudahkan untuk diambil oleh penari. Terdapat juga kelebihan penari yang menggunakan wang syiling untuk diambil denan mulut malah dengan kelebihan seorang penari itu juga mampu untuk mengambil syiling dalam bekas berisi air.




Saye rase ngeri melihatkan peserta peserta ini mencuba buat pertama kali nye meliukkan badan mereka untuk mengambil wang tersebut dengan mulut mereka.



Dua orang peserta wanita yang telah berjaya melakukannye (perghhhh..... tabek spring larr)



Pada waktu dahulu tarian ini dipersembahkan dihadapan anak teruna yang akan berkhatan. Persembahan ini akan berakhir apabila penari akan menginaikan anak teruna tersebut.



Persembahan dahulu dan sekarang tidak la ketara. Tari Inai hari ini tidak lagi terikat hanya dimajlis berkhatan malah ditarikan dimajlis kenduri kahwin dan keramaian pesta tertentu.





note : info mengenai Tarian Inai Kelantan diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

No comments:

Post a Comment