Wednesday, October 13, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tahap II ke Tahap III

Tarian Ceracap Inai - Negeri Johor

Tarian ceracap inai dikatakan berasal dari zaman pemerintahan kerajaan Melaka. Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi tahta Melaka ketika beliau masih kanak kanak. Akibat tidak membenarkan Portugis membina markas diMelaka, peperangan telah berlaku dan kota Melaka telah dikepung selama 10 hari. Baginda Sultan Mahmud telah melarikan diri ke hulu sungai Muar

saudara Khalid Mohamad sebagai fasilitator Tarian Ceracap Inai



Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari istana dan kemudian diperkembangkan tradisinya kepada Raja Sehari dalam upacara malam berinai. Untuk memperkuatkan lagi tarian ini berasal dari istana, diawal tarian ini ada menunjukkan gerakan sembah raja. Sehingga ke hari ini, tarian ini masih dipersembahkan dihadapan pengantin sebelum upacara berinai dilakukan terutamanya di Mukim Lenga, Kundang Ulu dan Bukit Kepong.



Ini la rupa bentuk ceracap inai. Mengikut cerita, ceracap inai ini telah direka atas kreativiti seorang pengukit melayu yang menggabungkan pelbagai elemen dan tafsiran beliau. Dihiase bunga emas dibahagian tengah sebagai lambang kemewahan serta diterangi oleh cahaya lilin dari empat sudut melambangkan empat penjuru alam. Kayu yang diukir dedaun melambangkan kehidupan dan mangkuk pula melambangkan penjaga atau penyokong dimana ia mampu menahan segala yang berada diatas.



Pergerakan asas Tarian Ceracap Inai ini diambil dari gerakan silat. Paling ketara ialah Gerak Serang Balas. Kedudukan kaki yang sentiasa berkekuda juga menunjukkan tarian ini lebih kepada pergerakan silat. Selain dari ketangkasan melakukan gerak, konsentrasi dalam mengimbangi ceracap dari terpadam lilin adalah diantara seni yang diterapkan dalam tarian ini yang melatih kita untuk berhati hati dalam apa jua gerakan yang kita lakukan.




note : info mengenai tarian ceracap inai diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

No comments:

Post a Comment