Wednesday, October 13, 2010

Kursus Pemantapan JSBN Tari Tahap II ke Tahap III

Tarian Pelandok - Negeri Pahang


Tarian Pelandok berasal daripada Kampung Bukit Bentung, Kuala Lipis, Pahang. Tarian ini diadaptasikan daripada pergerakan Pelanduk. Tarian ini menggambarkan bagaimana pemburuan pelanduk dilakukan oleh penduduk kampung. Ia menggambarikan bagaimana orang orang kampung pada mase dahulu memburu pelanduk. Mereka pergi memburu dengan menggunakan parang dan menggunakan daun terap bagi memanggil pelanduk.


Pn Rosnariah sebagai fasilitator Tarian Pelandok





Kisah mengenai Tarian Pelanduk ini telah diperolehi daripada Tengku Osman Bin Tengku Ngah, beliau merupakan individu yang mengajar tarian ini kepada golongan muda. Beliau adalah pesara polis dan telah mempelajari tarian ini daripda bapa saudara beliau iaitu Kanun bin Awang.






Kebetulan salah seorang peserta adalah cucu kepada Tengku Osman sendiri. Cucu beliau sedang mencuba headgear yang merupai kepala pelanduk. Watak pelanduk biasanya akan diberikan kepada kanak kanak kerana badan dan pergerakan mereka mudah dibetnuk serta lembut. Pergerakan dalam tarian ini ialah secara asasnya mengesot tetapi kini telah diolah denga gerakan berlari, melompat seperti pelanduk yang memperlihatkan seolah olah pelanduk sedang bermain main.


Saya terhibur melihat kelatah penari penari menari tarian yang comel ini.


note : info mengenai tarian pelanduk diambil dari nota Kursus Pemantapan Tahap II ke Tahap III, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara

1 comment:

  1. Semoga warisan seni budaya ini terus diperkembangkan agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.... terima kasih kakak.... love u so much...muaaahhh

    ReplyDelete