Wednesday, August 24, 2011

Senaman untuk meningkatkan stamina


* Senaman yang paling mudah dan murah dilakukan serta santai tanpa stres ia lah berjalan kaki. Boleh di lakukan pada waktu pagi, petang atau pada bila
bila mase yang anda rasa sesuai dengan waktu anda. Amat sesuai dilakukan oleh setiap lapisan umur dan paling penting adalah kasut yang sesuai digunakan untuk berjalan pantas.

* Jogging atau berlari lebih sesuai untuk kumpulan umur 50 tahun ke
bawah akan tetapi jika anda memang seorang jogger tegar, tiada siapa yang boleh melarang anda. Jika perlu, anda boleh silangkan larian anda dengan berjalan pantas jika anda rasa letih. Jangan lupa bawa sebotol air untuk anda minum sepanjang larian anda untuk menggelakkan dehadrasi. Larian selama 30 min sambil naik turun bukit adalah terbaik. Jangan lupa mengenakan kasut yang sesuai untuk berlari dan pakaian yang mudah serap peluh. Jika perlu, pakai la topi untuk menghindarkan matahari.


* Berenang adalah senaman yang terbaik jika anda boleh berenang. (saya memang tak pandai langsung!) Berenang bukan sahaja baik untuk meningkatkan stamina, ia juga amat baik untuk membentukkan dan menguatkan otot. Berenang selama 20 min sudah mencukupi untuk membina stamina yang baik. Berehat seketika jika rase letih atau cramp.




* Berbasikal juga baik untuk meningkatkan stamina dan kekuatan otot kaki. Berbasikal di kawasan berbukit lebih mencabar berbandingkan berbasikal di jalan rata. Berbasikal selama 45-60 min akan memberi kekuatan kepada jantung anda.



* Sukan seperti skuasy, badminton, tennis, basketball, bola sepak, takraw juga baik diselang selikan dengan perkara diatas. Anda berupaya menggunakan otot yang berbeza setiap kali bersukan. Ini lebih baik dibandingkan dengan melakukan satu bentuk senaman sahaja dimana hanya otot tertentu sahaja yang bekerja.

* Senamrobik amat popular dikalangan masyarakat kerana pergerakkannya berasaskan tarian dan menggunakan musik yang mana akan membuat anda merasa teruja. Senamrobik jika dilakukan dengan betul selama 45 -60 min bukan sahaja da
pat meningkatkan stamina, ia juga berupaya untuk menguatkan otot anda.



Peringatan :

* Pastikan anda memanaskan badan dan meregang sebelum anda melakukan apa apa bentuk latihan fisikal.

* Jika anda ada masalah kesihatan, dapatkan surat akuan doktor dahulu sebelum memulakan latihan.

* Sentiasa peka dengan kemampuan diri sendiri, jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang anda tidak mampu melakukannya

* Latihan bersama teman atau keluarga lebih ceria dibandingkan membuat latihan seorang diri.

* Sentiase pastikan anda minum dengan cukup untuk menggelakkan dehadrasi

* Berhenti jika rasa pening atau sesak nafas

* Jangan lupa untuk menyejukkan dan meregangkan badan selepas latihan untuk menggelakkan kecederaan


Sentiasa ingat bahawa bersenam atau melakukan latihan fisikal bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga amat baik untuk keyakinan diri. Jika anda sihat, anda akan sentiasa ceria, berfikiran positif and awet muda!


No comments:

Post a Comment