Tuesday, September 6, 2011

Basal Metabolic Rate

Sebagai manusia, kita memerlukan tenaga untuk melakukan segala pekerjaan seperti berjalan, berdiri, duduk, bersukan dan termasuk bernafas, tidur, ketawa, menangis, haba badan dan lain lainnya.

Tenaga ini datangnya dari makanan yang kita makan. Kalori yang dibakar ini lah yang di panggil Basal Metabolic Rate (BMR). Perhatikan bahawa semakin meningkat usia, semakin payah untuk kita menjaga bentuk badan seperti sewaktu kita berusia muda. Basal Metabolic Rate akan menurun semakin berusia, akan tetapi, dengan melakukan senaman yang konsisten, kita mampu untuk meningkat BMR walaupun usia meningkat.

Ramai yang bertanya, berapa banyak kah kalori yang perlu kita bakar untuk menguruskan badan. Sebetulnya, apa yang penting adalah disiplin dan menggunakan formula perkiraan yang mudah tentang kalori.

Harris-Benedict Principle iaitu perkiraan yang dicipta oleh James Arthur Harris dan Francis Gano Benedict akan memudahkan anda untuk mengira berapa banyak kalori yang anda perlukan untuk tenaga seharian. Dengan mengetahui berapa banyak kalori anda perlukan dalam sehari, anda boleh menolak atau tambah pemakanan dan tenaga yang digunakan seharian. Jika anda berusaha untuk menguruskan badan, kurangkan makan dan gunakan lebih tenaga dalam erti kata bersenam.

Bagaimanakah cara untuk mengira Basal Metabolic Rate (BMR)? Paling mudah jika ada kemudahan internet anda boleh mencari nya di www.calculator.net

Ada dua cara untuk mengira. Cara pertama dengan mengetahui berapa kalori yang anda perlukan untuk sehari. Caranya adalah dengan menggunakan Harris-Benedict Principle dimana anda perlu mengira sendiri. Ingat yea, aplikasi formula ini hanya untuk orang dewasa sahaja dan perkiraan nya berbeza diantara kaum wanita dan kaum lelaki.

Wanita : 655.1 + ( 9.563 x berat dalam kg ) + ( 1.850 x ketinggian dalam cm ) - ( 4.676 x umur mengikut tahun ) = kalori diperlukan dalam sehari (BMR)

Lelaki : 66.5 + ( 13.75 x berat dalam kg ) + ( 5.003 x ketinggian dalam cm ) - ( 6.775 x umur mengikut tahun) = kalori diperlukan dalam sehari (BMR)

Cara kedua adalah dengan mengira aktiviti anda seperti berikut :


Tidak aktif atau bersikap sedantari kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.2

Melakukan senaman ringan 1-3 kali seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.375

Melakukan senaman sederhana 3-5 kali
seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.55
Melakukan senaman berat 6-7 kali
seminggu kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.725

Melakukan senaman berat 2kali sehari kalori yg diperlukan dlm sehari - BMR x 1.9

Untuk mengurangkan berat badan, anda hanya perlu mengurangkan kalori dalam sehari berdasarkan pada perkiraan diatas.


contoh : seorang lelaki dewasa berumur 24 tahun yang mempunyai berat badan 80 kg dan ketinggian 180cm - mempunyai BMR 1900. Dengan melakukan senaman yang sederhana - BMR (1900 x 1.55) ia memerlukan sebanyak 2945 kalori sehari. Berat badannya tidak bertambah atau berkurangan. Jika beliau mahu mengurangkan berat badan, beliau kena melakukan senaman berat. Individu yang sama tidak akan tambah berat badan jika beliau bersikap sedantari dan hanya memakan sebanyak kurang dari 2945 kalori sehari.

No comments:

Post a Comment