Putatan Sabah memang meninggalkan seribu kenangan. Saye begitu gembira sekali apabila saye di arahkan untuk ke Kota Kinabalu, Sabah untuk kursus Lanjutan/Akreditasi Negeri Sabah. Sayang sekali, tak ramai yang datang untuk kursus ini dan hanya lima orang sahaja yang sanggup di uji buat kali kedua untuk akreditasi. Disebabkan keadaan ini, saya telah diarahkan oleh pihak kementerian dan jabatan negeri untuk mengadakan kursus Asas Jurulatih Senamrobik peringkat negeri Sabah. Saye ke sana bersama sahabat saya yang saya gelar 'badang' iaitu saudara Rashid yang memang terkenal mempunyai ramai peminat dikalangan wanita dan juga kaum sejenis ( ahaks.... sian rashid)
Hanya 4 orang sahaja yang tampil untuk ujian teori akreditasi
Ujian teori sedang berlangsung di tingkat atas, saya dan Rashid menyambil dengan kursus Asas yang diadakan di tingkat bawah
Badang tengah memikir ape tu yea.....
kali ini peserta peserta terdiri dari kalangan remaja dari Rakan Muda
Bukan mudah untuk handle anak anak yang baru naik ni. Mereka cepat hilang fokus kalau kelas itu membosankan mereka
alhamdulilah.... mungkin sebab saya ini seorang ibu dan mempunyai pengalaman membesarkan anak anak remaje, saye berjaya menarik perhatian mereka.
dari kiri : Maria, Lebia, Dayang dan Ayu adalah diantara 4 orang yang menduduki ujian akreditasi
Mamat hip hop ni menunjukkan kesungguhan dalam mempelajari teknik teknik sebagai jurulatih kecergasan
ini lah yang di panggil, belajar sambil bermain
pantang waktu senggang, terus ajak cik gu bergambar
2 remaja dari Sandakan yang begitu confident semasa ujian. Lulus ka??
Suhaimi aka Syumie sebagai Ketua Pembantu Kursus
cube la bandingkan badan Badang ni dengan anak anak ni....... ehehe sesuai di gelar badang kan..
salah seorang yang membantu iaitu Rahman aka Rahul. Dia ni memang popular dikalangan wanita wanita di Sabah. Macam muka hindustan la katakan....
Ujian diadakan di tempat lapang kerana semua dewan sedang digunakan untuk kursus lain
senyuman Badang yang penuh bermakna
semasa ujian
Syumie membantu memasukkan data terus ke laptop
tamat aje ujian terus bergambar. memang meriah anak anak ni. walaupon berambut perang, bertindik telinga, mereka ini semua sopan dan baik baik belaka
Majlis penutup yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Jab Belia & Sukan Negeri Sabah
Anak anak ini begitu berdisplin sekali, datang tepat pada waktu dan menghormati majlis
Malam terakhir saya dan Rashid di bawa ke One Borneo dan ke Tanjung Aru oleh Syumie, kami terserempak dengan anak anak (peserta) dari Sandakan ini
Sebelum berangkat ke airport En Ponniah (pegawai JBS) telah membawa kami berdua sekali lagi ke Tanjung Aru. Kali ini kami dapat melihat dengan jelas sebab hari masih siang
Beautiful sunset at Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah
The sight i will always remember and cherish in my heart.
I hope to come back to Sabah again. I love being in Sabah, I love the Sabahans and i love the humble hospitality. Thank you Sabahans, you are fabulous!!
p/s i did try the satay buntut, unfortunately it doesnt go well with me. :)
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment