Akhirnya , kursus Jurulatih Seni Budaya Negara dalam bidang Silat telah dapat diadakan dengan jayanya di Borneo Paradise, Beach Hotel, di Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah, dari 17hb hingga 22hb Disember 2009. Ini adalah kursus pertama yang diadakan dan disertai oleh peserta peserta yang datang dari Sabah dan Sarawak. Kami, yang datang sebagai Penggubal dan fasilitator amat berbesar hati kerana kursus ini telah berjaya dan mendapat sambutan yang baik dari pihak peserta dan penganjur.
Setiap Penggubal telah dibekalkan dengan sepasang baju silat dan sepasang baju koperat berwarna kuning. Uniform silat saya telah di jahit dengan name dan jabatan
sesampai saje kami di Kota Kinabalu, kami terus mulekan kerja kami
yang bercangkung tu Lia, tokey senamsilat
nasib baik ada pihak urusetia, kalau tidak saye seorang sahaja perempuan yang datang bersama pendekar pendekar ini
Kelas telah dimulai dengan kelas Adab & Adat (Cek Gu Azlan Ghanie), kemudian kelas Anatomi & fisiologi (kelas saye), terus masuk pula kelas Senam Siaga iaitu merupakan kelas memanaskan badan & regangan yang dikelolakan oleh Cek Zul
saye berehat dibelakang bersama Bibi dari JKKN Sabah sambil belajar sama dalam kelas Cek Gu Zul
Saye undang Penghulu peserta untuk menunjukkan skil dia semasa kelas saye bermula
Hebat!!
Saye juga mengundang seorang lagi peserta bagi mewakili negeri Sarawak untuk menunjukkan skil persilatan nya. Memang hebat!!
biaselaa...kalau dalam kelas saye ni memang kene dera, apelagi kalau mereka mereka ini memang pesilat pesilat belaka, lagi laa lebih sikit deraannya.... jangan marah yea... :)
Dalam ramai ramai ini, hanya 3 orang sahaja yang dapat bertahan selama 3 minit, yang lainnye kecundang di minit pertama. hmmm.... ??
tidak semua yang mampu untuk melakukan senaman ini.
Cek Gu Mad menunjuk cara melemahkan lawan hanya dengan mengguna aura warna
Cek Gu Azi memulakan jurus
sempat jugak bertarung dengan Cek Gu Zul
kami ni dok peratikan aje: dari kiri yours truly, Cek Gu Lan, Lia (tokey funfair), Fara (pegawai JKKN Sabah) dan Mr Farouk yg encem (Pegawai JKKN Sabah)
peserta terbaik yang kanan sekali (berumur 58) semasa ujian bersama saya
seorang peserta dari Sarawak yang cedera hingga tamat kursus
aiii.... teringin jugak yea Lia, Farouk dan Nonong naik ke pentas, hati hati yea, ramai pendekar tu...
senyap sunyi semasa ujian teori. Macam berasap je kepala tu... eheh
Ini la orang nye yang bertanggung jawab keatas semua kertas ujian yang didatang khas dari Kuala Lumpur, boleh tahan garang dia ni, Pn Munshi
masing masing berbaju silat walaupon dalam ujian teori
yours truly bersama Cek Gu Azlan Ghanie sebagai panel penguji
Majlis Penutup telah di rasmikan oleh ADUN YB Dato Hj Ghullam Nader
Majlis Penutup yg sederhana sebab semua dah dalam mood ndak balik
dari kiri : Cek Gu Bahrine, Cek Gu Zul, yours truly, Cek Gu Mad dan di depan tu Cek Gu Wan sebagai Ketua Fasilitator
Friday, December 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SY slh seorng dr peserta program december 2009 sabah.sy cuma hairan kenapa sy tak dpt mengajar d sekolah,sedangkan sy sudah menerima surat dr sekolah2 yg ingin mengikuti program ini.sy hampa apabila pihak jsbn negeri memberi alsan bhw sy lewat menghantar prmohonan .
ReplyDeleteanyway..sy seronok sgt kat sabah tu..sy berharap sy akn join lagi...semangat untk membangunkan seni kita tetap membara...majulah silat untuk negara.pepatah perguruan sy(berseni,berbudi)dr betawi...
ReplyDelete