alhamdulilahhh... dah selesai dah sessi penggubalan modul utk PBSB yang diadakan di Hotel Sri Malaysia , Seremban dari 16hb - 18hb May 09. Saya banyak belajar tentang budaya, adab melayu dan gerakan silat malaysia. Saya tidak pernah mendekati silat dan sangat kagum bile saya diberi peluang bersama guru guru silat negara untuk pembikinan modul yg terkini untuk Program Bimbingan Seni Budaya Negara. Sebagai penasihat teknikal (anatomi, fisiologi & kecergasan) saya anggap kontribusi saya begitu minimal dibandingkan dengan pendita dan guru silat terkenal negara. Syabas saya ucapkan kepada kementerian yg berkenaan dalam mempertabatkan silat kepada sekolah sekolah demi anak bangsa dan negara. Kalau bukan kita yang mempertabatkan silat kita, siapa lagi?
Dapat baju silat dan dipaksa pakai oleh en Azlan Ghanie, sedang posing dengan model video Cik gu Zul (dari aerobik pegi ke silat...hmmm..?)
Cik gu Bahrain sedang memberi pendapat. Semua guru guru silat di panggil cik gu.....hmmm... ingatkan cek gu aerobik aje orang panggil cik gu
Cik gu Mad sedang bersedia untuk membuat bunga silat
Cik gu Bahrain sedang beraksi. Memang best la nengok mereka ni beraksi
Cik gu Azman sedang bersiap membuka langkah
Cik Gu Aziwahija terasa dicabar langsung masuk gelanggang ( alahh...memain je depa ni)
Aksi seorang champion dunia. Cik gu Aziwahija Yeop
Model tetap yang sentiasa bersedia dan ceria dan selalu pelat tersasul cakap kepok (kepak) dan senang (senam). Orang Pahang gituh....
Begitu dedikasi walaupon kaki nya tercedera akibat sparing dengan murid dia di Pahang.
Cik Gu Azlan Ghanie menunjukkan senaman bagi orang yg sudah berumah tangga. Steady la Bang Lan
Bersama Cik Gu Zul semasa menunggu persiapan untuk pengambaran
video.
Pendita Silat dari negeri Pahang, Cik Gu Nazeri yg tidak banyak bercakap tapi dont sangka clear water no buaya aarr...
Cik Gu Aziwahija sedang beraksi semasa pengambaran video
Cik Gu Wan (ayam den lapeh) sebagai fasilitator dan Syira, student UiTM yg sedang praktikal. (room mate saye di hotel)
No comments:
Post a Comment