Monday, December 13, 2010

Beautiful Taiping, Perak

Sesampai saje saya di Taiping, saya terus dibawa makan mee udang yang terkenal di Kuala Sepetang di Taiping. Mee udang di sini memang special, dah banyak tempat saya makan mee udang di Malaysia ni tapi tak boleh challenge mee udang Kuala Sepetang.
Malam nya pula, saya ajak teman teman instructor jamming aerobics bersama saya


Dengar kata, ade orang yang tak pernah buka tudung, tiba tiba malam jamming tu terus bukak tudung kerana tak tahan berpeluh. ehehe... sori yea..



seperti biase, selepas saje jamming, kami pon beramai ramai pergi makan sotong kangkung di pekan Taiping. Di tempat ini sepanjang hampir sepuluh gerai semuanya menjual sotong kangkung. Aduhaii.... tak tau la ndak cakap macam mana, yang penting.....memang SEDAP!!




pendek kata semua makanan yang teman teman saya bawa semuanya sedap sedap belaka dan paling penting ia amat murah dibandingkan dengan Kuala Lumpur.
Malam berikutnya mereka membawa saya makan kuew tiau goreng kerang. Walaupun saya dah makan sepinggan, disebabkan sedaaaappp sangat, saya tambah lagi separuh pinggan, takut nanti terbayang bayang akan kuew tiau goreng kerang di Kg Jambu ini. Perghh.....



mee udang yang delicious, pedas, manis cukup rase semuanya


kuah sotong kangkung yang pekat dan sedap



Tak tau la bagaimana saya ndak describe bagaimana seronoknye saya makan di Taiping. Aduhai....bile ndak kurus kalau macam ni... eheh. Terima kaseh Shidee dan teman teman lain kerana sudi membawa saya menikmati nikmat makan di bumi Taiping, alhamdulilah.... syukur rahmat nikmat Allah beri pada hamba mu ini.



p/s eeerrrrr...... kalau datang lagi bole tak...? ahaks

Bengkel Asas Senamrobik - Taiping, Perak

Biro Bola Jaring & Rekreasi, Kelab Sukan Majlis Perbandaran Taiping, telah mengundang saya untuk mengajar ahli dan masyarakat sekitar mengenai kebaikan bersenam dan asas senamrobik. Saya begitu berbesar hati bila diundang ke Taiping kerana memang sudah lama terpikat dengan bandaraya yang indah permai ini lebih lebih lagi dengan pemandangan Taman Tasek nya yang sungguh nyaman.





Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping sendiri



meja pendaftaran dengan penyambut yang cun melecun




Tanpa memikir panjang saya terus menerima tawaran untuk pergi ke Taiping, bandar yang indah dan bersih




Bengkel ini telah diadakan selama sehari sahaja, namun begitu saya merasa puas kerana bukan sahaja saya mendapat kawan kawan baharu, saya juga berpeluang berjumpa dengan kawan kawan yang dah lame saya tak ketemu



saya sempat beraerobik bersama peserta dan dibantu oleh Emelia




diantara peserta peserta yang mengambil bahagian




haaa....ni dia Nurul, salah seorang peserta yang mempunyai goyang pinggul yang menggiurkan... ehehe



peserta peserta semua sangat sporting dan ini memudahkan kerja saya




peserta abang abang askar yang datang jauh nun dari Perlis mempunyai semangat bekerjasama yang sangat tinggi




letih ke tu.... eheh



saya amat bangga dengan kedua peserta di gambar atas dan bawah ini, mereka adalah diantara peserta yang paling banyak usia, kakak yang berbaju hijau itu seorang hajah dan mempunyai ramai cucu, begitu juga peserta berketurunan cina (gambar bawah) ini sudah menjangkau usia 70an tapi masih bertenaga bersenam. Syabas!! kudos to both of you




amboi....serious je muka masing masing




host saya yang handsome ini amat mengambil berat tentang kebajikan saya. Terima kasih daun keladi Shidee kerana mengundang saya :)





teman teman dari Manjung dan Taiping yang begitu supportive




bergambar bersama Kak Roy dari Manjung. Terima kasih saya ucapkan pada Kak Roy kerana sanggup datang walaupon 'honey' dirumah masih perlu perhatian. Saya sangat terharu bilamana saya diberitahu, Kak Roy sanggup datang ke Taiping bersama anak anak dan teman teman lain untuk berjumpa saya. Tuhan sahaja yang membalasnya, terima kasih semua




semasa sessi memberi sijil, tak sangka jumpa Mus (baju batik) semula setelah lama kami tidak berjumpa. Mus masih maintain muda remaja macam dulu.



Secara peribadi saya merasakan program ini telah berjalan dengan jayanya. Pihak penganjur begitu professional mengendalikan program walaupun menurut kata mereka ini adalah pengalaman pertama mengendali program seumpana ini. Syabas saya ucapkan kepada Shidee & team diatas kejayaan ini.


Jom Senam 1Malaysia!!