

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping sendiri

meja pendaftaran dengan penyambut yang cun melecun

Tanpa memikir panjang saya terus menerima tawaran untuk pergi ke Taiping, bandar yang indah dan bersih


Bengkel ini telah diadakan selama sehari sahaja, namun begitu saya merasa puas kerana bukan sahaja saya mendapat kawan kawan baharu, saya juga berpeluang berjumpa dengan kawan kawan yang dah lame saya tak ketemu

saya sempat beraerobik bersama peserta dan dibantu oleh Emelia

diantara peserta peserta yang mengambil bahagian

haaa....ni dia Nurul, salah seorang peserta yang mempunyai goyang pinggul yang menggiurkan... ehehe

peserta peserta semua sangat sporting dan ini memudahkan kerja saya

peserta abang abang askar yang datang jauh nun dari Perlis mempunyai semangat bekerjasama yang sangat tinggi

letih ke tu.... eheh


saya amat bangga dengan kedua peserta di gambar atas dan bawah ini, mereka adalah diantara peserta yang paling banyak usia, kakak yang berbaju hijau itu seorang hajah dan mempunyai ramai cucu, begitu juga peserta berketurunan cina (gambar bawah) ini sudah menjangkau usia 70an tapi masih bertenaga bersenam. Syabas!! kudos to both of you

amboi....serious je muka masing masing

host saya yang handsome ini amat mengambil berat tentang kebajikan saya. Terima kasih daun keladi Shidee kerana mengundang saya :)


teman teman dari Manjung dan Taiping yang begitu supportive

bergambar bersama Kak Roy dari Manjung. Terima kasih saya ucapkan pada Kak Roy kerana sanggup datang walaupon 'honey' dirumah masih perlu perhatian. Saya sangat terharu bilamana saya diberitahu, Kak Roy sanggup datang ke Taiping bersama anak anak dan teman teman lain untuk berjumpa saya. Tuhan sahaja yang membalasnya, terima kasih semua

semasa sessi memberi sijil, tak sangka jumpa Mus (baju batik) semula setelah lama kami tidak berjumpa. Mus masih maintain muda remaja macam dulu.

Secara peribadi saya merasakan program ini telah berjalan dengan jayanya. Pihak penganjur begitu professional mengendalikan program walaupun menurut kata mereka ini adalah pengalaman pertama mengendali program seumpana ini. Syabas saya ucapkan kepada Shidee & team diatas kejayaan ini.
Jom Senam 1Malaysia!!
sy tunggu aje shidee panggil saye lagi.... katenye ade siri ke2
ReplyDeleteyeyyyyy....... mee udang, sotong kangkung, kuew tiau goreng....I'm coming!!