Ahli Lembaga dan ahli jawatankuasa kerja dan pegawai dari Lembaga Promosi Kesihatan telah berkumpul dan berbincang mengenai pembentukan skim skim geran yang akan di salurkan kepada NGO untuk tahun 2015
Kami telah berkampung diMelaka selama 3hari 2malam bagi melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada kamiPakar dari bebagai bidang juga telah dijemput untuk memberi nasihat dan pandangan kepada kami supaya kami mendapat gambaran yang lebih jelas dalam membuat keputusan bagaimanakah cara yang terbaik untuk geran geran ini di sampaikan
Pada hari terakhir, tiap kumpulan perlu membentangkan pendapat dan keputusan yang telah diambil
Setelah itu pihak pengurusan akan sekali lagi membentangkan pebentangan kami khusus di mesyuarat ahli ahli Lembaga untuk diputuskan
Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan tiap kumpulan telah memberi pandangan yang positif mengenai cara skim skim geran ini di salurkan dengan jayanya
Tugasan dan amanah telah di laksanakan dengan jayanya dan saya berharap NGO yang berjaya mendapat geran akan dapat menjayakan program program dengan lebih baik dan dapat memberi kebaikan dan faedah kesihatan dan pengetahuan tentang gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia dengan jayanya
Terima kaseh Lembaga Promosi Kesihatan kerana memberi saya peluang untuk memberi khidmat saya kepada masyarakat
No comments:
Post a Comment