Tuesday, February 12, 2013

Kursus Jurulatih Seni Budaya Teater Tahap III


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, mengalakan Jurulatih Seni Budaya Negara untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Mereka adalah barisan hadapan yang akan mengenalkan seni budaya negara seperti tarian, teater, musik dan lain lain lagi kepada generasi akan datang. Mereka dikehendaki mengajar di sekolah sekolah mengenai budaya negara dan dengan secara tidak langsung dikehendaki juga mengajar sebuah bentuk senaman yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara iaitu Senam Seni 1Malaysia.




Saya dikehendaki mengajar tentang kecergasan dan kesihatan fizikal kepada semua Jurulatih Seni Budaya yang dibawah naugan Jabatan Kebudayaan.



Tiba lah giliran peserta Teater Tahap II yang akan dinaikkan kepada Tahap III jika mereka lulus ujian


Terus terang saya katakan, peserta teater adalah peserta yang paling banyak soalan tentang kesihatan dan mereka juga yang paling expressive jika di bandingkan dengan peserta tari, silat dan lain lain




Ini mungkin disebabkan dari latar belakang bidang teater yang mereka ceburi, maka kerana itulah mereka sangat expressive bila mengeluarkan pendapat atau mengeluarkan soalan soalan cepu mas




Akan tetapi saya amat positif dalam menghadapi situasi ini. Saya juga terhibur dengan gelagat mereka yang mencuitkan hati



Mereka tidak kekok bila diberi task, malah mereka sentiasa bersedia melakukannya walaupun kadang kadang dalam bentuk humor




Mereka ini terdiri dari latar belakang yang berbeza dan telah mengenali sesama sendiri sejak dari Tahap I lagi dengan ini mereka tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama didalam suatu pasukan





Saya telah mengundang sahabat saya Pn Norzila untuk melakukan memanaskan badan (warm up) dalam bentuk senamrobik untuk memperlihatkan kepada para peserta bagaimanakah cara untuk mereka memberi arahan dan cara untuk berkomunikasi dengan peserta mereka bila mereka mengajar nanti




Setelah itu kami telah melakukan Senam Seni Malaysia untuk mereka refresh kembali tentang pergerakan pergerakan Senam Seni





Mereka ini datang dari seluruh negara dan berkampung di Alor Star selam enam hari di hotel Regency. Mereka juga dikehendaki untuk menduduki ujian praktikal dan ujian teori untuk melayakkan mereka naik ke Tahap IV




Malang sekali saya terpaksa pulang lebih awal kerana saya dikehendaki untuk pergi ke Kuching untuk kursus lain pula





Saya sempat dibawa jalan oleh Pn Norzila semasa di Alor Star dan sempat melihat tempat tempat menarik walaupun hanya sebentar sahaja. Terima kasih yea Kak Zila.





Terima kaseh juga saya ucapkan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat dan mencurahkan ilmu yang tidak seberapa ini. Saya doakan agar peserta semua berjaya dalam meningkatkan taraf teater dikalangan murid murid sekolah di negara ini. Jasa anda amat berharga kepada bangsa dan negara



No comments:

Post a Comment