Thursday, February 14, 2013
Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara Teater Tahap II - Kuching, Sarawak
Kursus Jurulatih Seni Budaya Negara Teater Tahap II untuk Sabah dan Sarawak telah d adakan untuk Kuching pada bulan Oktober 2012. Saya adalah Tenaga Pengajar bagi Senam Seni Malaysia.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, pengalaman paling menarik adalah semasa mengajar orang orang
teater untuk bergerak mengikut musik
Ada diantara mereka ini memang sudah sedia berbakat dalam pergerakan jadi mudahlah bagi saya untuk mengajar mereka akan tetapi ada juga segelintir yang agak payah untuk bergerak mengikut rentak musik
Saya memberi mereka 'task' untuk mereka lakukan didalam kumpulan masing masing. Ini bertujuan untuk mereka beinteraksi sesama sendiri dan work in a team maklum lah bila ramai kepala, banyak pula ragamnya
Sebahagian besar peserta kali ini terdiri dari guru guru sekolah yang bergiat cergas dalam seni teater dan tidak kurang juga dari persatuan di daerah setempat yang bergiat secara sukerela kerana minat yang mendalam
mereka telah melakukan latihan yang diberi dengan baik sekali dan memang tersangat mencuitkan hati bila melihat gelagat mereka
Ada di antara mereka yang mempunyai latar belakang sebagai penari, dengan itu mudah bagi mereka mengadaptasikan apa yang saya kehendaki
sesi persembahan dalam kumpulan yang mana dikehendaki mereka sendiri pergerakan mengikut rentak musik yang di beri
macam macam gelagat yang keluar, yang penting mereka tahu dan memberi saya apa yang saya mahu
sesi ujian praktikal yang mendebarkan
sesi ujian teori
Persembahan semasa majlis penutup.
Mereka dikehendaki mempersembahkan suatu teater yang singkat
Panel Penguji dari kiri : Saudara Amir dari Sarawak, yours truly dan Pegawai dari Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara yang bertanggung jawab diatas semua Program Bimbingan Seni Budaya Negara iaitu En Haris
Persembahan Majlis Penutup
Alhamdulilah....selesai sudah tugas dan banyak kenangan manis yang tidak mungkin dapat saya lupakan semasa saya di Kuching. Orang orang di Sarawak begitu baik sekali dan semangat kerjasama dan setia kawan telah ditonjolkan dengan begitu baik sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment