serba salah juga dibuatnye sebab dia mahu saye terus sambung dari Taiping ke Cherating. Saye pernah tinggal di Impiana Resort beberape tahun lalu untuk pengambaran semase bersama Selamat Pagi Malaysia RTM 1 dalam segmen Senam Sehat
kebetulan pulak Pengarah Majlis Sukan sendiri yang menalipon, rasenye kurang sesuai kalau saye menolak permintaan beliau
Badan maseh belum sihat, nasib baik saye dapat berehat semase di Taiping. Saye nekad untuk memenuhi permintaan sahabat saye Pn Roslina Darus
sebetul betulnye... saye memang tersangat gembira bile saye di beri peluang sekali lagi untuk berbakti dengan warga FELDA. saye sentiase rase saye sebahagian daripada mereka.
kumpulan kali ini tidak jauh bezanye daripada kumpulan pertama di Johor dulu. mereka sangat berminat dalam bidang ini akan tetapi ade diantara mereka sebetulnye tidak tahu menahu ape yang akan mereka hadapi selame 4 hari ini
ade yang mahu tarik diri pada hari pertama lagi tetapi setelah di pujuk dan diberi penjelasan, mereka meneruskan kursus ini sehingga ke hari terakhir.
ade diantara mereka yang pada mulenye hendak pulang tibe tibe bertukar kepada minat. mereka terus minat untuk menjadi jurulatih kecergasan di wilayah mereka
tidak dapat saye nafikan warga FELDA memang hebat dan bersemangat waja, ade diantara peserta yang berumur lebih 60 tahun tapi maseh berupaya bersenam dengan baik
tak kurang juga yang muda remaja, mereka memberi komitment yang amat baik
mereka berlatih tanpa letih dan bertekad untuk lulus dalam ujian
ada diantara mereka berlatih sehingga pukul 2 pagi untuk ujian keesokan nye. Ini lah semangat waja yang saye maksudkan. mereka tidak berputus asa
ramai juga yang cedera, mungkin kerana tidak biase bergerak tanpa berhenti selama 4 hari berturut turut akan tetapi mereka tidak berputus asa...teruskan juga usaha mereka untuk menghabiskan kursus
berlatih dan terus berlatih
tidak dapat di nafikan memang lebih ramai kaum wanita daripada kaum lelaki
semase ujian dijalankan
persembahan menarik dari peserta pada hari penutup
semasa ujian praktikal
bersama Samsasun, gadis manis yang membantu sama dalam kursus
setting yang menarik, makan malam di tepi pantai Laut China Selatan, Cherating
sahabat saye Yazid sempat menyumbangkan lagu pada malam terakhir
alhamdulilah selesai sudah amanah yang telah diberikan kepada saye. Bukan mudah untuk menjalankan amanah jika diberi kepercayaan oleh pihak yang bertanggung jawab. Tanggung jawab saye adalah untuk menghasilkan jurulatih yang terlatih yang mampu untuk mengangkatkan mertabat Jurulatih Kecergasan dikalangan warga FELDA. Dengan pengiktirafan ini saye berharap agar yang telah lulus boleh pergi jauh , bukan setakat di wilayah masing masing tetapi berupaya untuk berdaya saing dengan jurulatih yang di luar sane. Pada yang tidak lulus buat kali ini, ini tidak bererti jalan terakhir buat anda. Anda maseh berupaya untuk belajar dan meningkatkan prestasi anda, dengan sikap yang positif, anda juga boleh pergi jauh jika betul betul minat. Selamat berjuang dan semuga kite diketemukan lagi insyallah.
mmaf puan,sy nak tanya dkt mana ye studio puan? saya tahu puan ada buka studio di taman tasik seremban kan? di mana alamatnya? tq
ReplyDeletedulu saye memang ade studio tapi di Johor dan sekarang saya mengajar d studio fit 2 fun di Taman Tasek. Sila la datang yea. awak bole talipon no 012 325 6395 dan mintak info dengan Cik Lie untuk keterangan lanjut.
ReplyDelete