Monday, January 30, 2012

Bengkel Musik Dan Pergerakan Asas - Private Class

Beberapa faktor seperti kekangan mase, anak, suami dan tidak mendapat pelepasan dari majikan membuatkan sesaorang itu tidak sempat untuk mengikuti kursus dan bengkel yang saya adakan bersama kementerian atau badan badan kerajaan dan koperat. Bile ade permintaan dan kesesuaian mase, saye akan menganjurkan 'private class' untuk beberape kumpulan yang berminat untuk belajar.


Baru baru ini dengan bersama Pn Maizatul dari Rich Learning saye telah menganjurkan satu bengkel 'private' khusus untuk beberape orang yang berminat untuk mendalami ilmu kecergasan.



Bengkel sehari ini lebih tertumpu kepada pembelajaran asas dan lebih berbentuk one to one jika dibandingkan dengan kursus atau bengkel yang selalu diadakan didewan




kami memilih Aero-Fitness Studio di Bandar Kinrara sebagai lokasi pembelajaran kami



bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas kecergasan dan peserta boleh menilai sendiri apekah mereka mampu untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi atau sekadar pendedahan sahaja



pada pendapat saye, bengkel sebegini tidak mendatangkan stres kerana peserta tidak diuji dan dinilai, malah diberi peluang untuk explore kelebihan masing masing



seperti biase, mereka juga di beri sijil penyertaan diatas usaha mereka.


bersama peserta dari Sg Petani, Kedah Pn Ema


bersama seorang peserta dari Penang, Pn Fauziah


Saye berharap dengan mengunakan konsep one to one ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk memahami pembelajaran dengan lebih mudah lagi, ibarat menghantar anak ke tuisyen. Saye juga berharap agar peserta semua tidak berputus asa dan teruskan pembelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi lagi jika betul betul minat untuk menjadi seorang Jurulaith Kecergasan yang berjaya. Selamat Berjaya yea

No comments:

Post a Comment