Kursus yang dianjurkan oleh pihak Universiti Kebangasaan Malaysia ini adalah kursus kerjasama bersama pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sejarah saya bersama UKM ni memang sejak tahun 2010 lagi semasa saya dihubungi oleh Pegawai yang bertanggung jawab untuk mengadakan kursus dan berkeinginan untuk melantik saya sebagai tenaga pengajar. Akan tetapi saya lebih berminat kalau kursus ini dapat kerjasama dari saluran yang tepat iaitu dari pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dengan itu saya menghubungi pihak kementerian dan telah menjadi orang tengah diantara KBS dan UKM. Alhamdulilah sejak dari hari tersebut, kerana telah mengenali saya terlebih dahulu, pegawai tersebut selesa untuk melantik saya sebagai tenaga pengajar
Akan tetapi saya telah juga mengsyorkan beberapa nama tenaga pengajar yang lain untuk bersama sama saya dalam menjalankan tugas di UKM.
Puan Hajjah Azizah Othman sebagai partner saya dalam kursus ini. Beliau bukan sahaja qualified, beliau juga telah menunjukkan sikap profesionalisma yang amat tinggi.
peserta peserta yang begitu komited
giliran mereka untuk menunjuk bakat dalam sesi latihan
ade segelintir yang pernah mengikuti kursus sebelum ini seperti sarjan
Ramizah Kamis membantu kami dalam kursus ini.
muka serious aje nieh....eheh
saya memang kagum dengan semangat seorang peserta ini....Maria...dia memang bekerja keras dan tidak berputus asa walaupun dia mempunyai masalah pada permulaan kursus ini
berlatih sesama sendiri
sewaktu ujian di jalankan
tekun dan serious yea Pn Azizah
eheheh....kejap je...
kawan kawan kami dari Bangi datang visit....tenkiu yea
biaselah...pantang ade waktu free....sesi bergambar
mamat handsome - kami panggil dia Arab walaupun dia bukan orang arab...
keletihan semase ujian - berehat sebentar ambil gambar....ish ish ish...
Setinggi tinggi terima kaseh saya ucapkan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah sudi bekerjasama dengan saya sekali lagi. Saya akan terus memberi kerjasama dan berharap ini bukan lah kursus yang terakhir yang kita buat bersama.
Amiinn....ya rabbal aa lamin....
No comments:
Post a Comment