Mesyuarat teknikal Modul Asas Silat telah di adakan baharu baharu ini di pejabat Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara di Bangunan MAS, Kuala Lumpur. Ini ada lah mesyuarat kedua yang diadakan pada tahun ini. Tujuan utama mengadakan mesyuarat ini adalah untuk berbincang dan mengulangkaji mengenai Modul Asas Silat Tahap II yang akan diadakan pada bulan September 2011 ini. Dengan ini kami sebagai tenaga Teknikal Pembuat/Pembubar Modul Asas Silat berharap agar Modul Tahap II dapat disedia dan dibukukan selewat lewatnya pada tahun ini, insyallah...
Dr Aziwahija sedang memerhatikan En Mohamad melakukan pergerakan regangan yang dicadangkan.
dari kiri Dr Bahrain (berbaju merah) dan Dr Azlan Ghani sewaktu perbincangan
yours truly bersama pegawai dari JKKN
Cik Jamaliah, selaku pegawai yang bertanggung jawab tidak dapat hadir pada mesyuarat ini memandangkan dia diperlukan untuk tugasan diluar. Puan Norzila (bertudung merah) telah mengambil tempatnya buat sementara sebagai pengerusi mesyuarat.
Modul Asas Silat Tahap II sepatutnya telah siap dibukukan pada awal tahun ini akan tetapi memandangkan kesibukan yang melanda semua tenaga pembuat modul, insyallah kami akan cuba selesaikan modul ini secepat mungkin. Diharap benar pada Jurulatih SeniBudaya Negara - Silat Tahap I dapat bersabar dan kami akan pastikan modul kedua ini akan memberi input yang mantap bukan sahaja dari segi teknik silat tetapi juga dari seni saintifik.
Monday, August 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment