Saturday, August 13, 2011

Senaman Kegel


Pernah kah anda dengar senaman yang khusus untuk otot pelvic atau juga dikenali sebagai Pelvic Floor Muscle. Sebetulnya senaman ini telah lama dipraktikkan oleh orang melayu dari dulu lagi cuma tidak ada penulisan secara khusus melainkan diturunkan dari mulut ke mulut kepada generasi seterusnya. Ini mungkin juga kerana ia agak tabu untuk dibincangkan diantara ibu dan anak dan biasanya disampaikan oleh bidan bidan urut kepada ibu ibu selepas melahirkan anak.Dikalangan orang orang barat, senaman ini dikenali sebagai Senaman Kegel yang telah di perkenalkan oleh seorang doktor yang bernama Dr Arnold Kegel.


Senaman ini melibatkan bahagian yang agak sulit untuk dibicarakan. Akan tetapi demi untuk kepentingan dan kebaikkan kesihatan, saya akan cuba sedaya upaya supaya penulisan ini tidak menjadi sumbang.

Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian selain sesekali berurut atau bersengkak. Didalam kumpulan otot ini lah terletaknya bahagian sulit wanita iaitu otot vigina. Kebanyakan wanita diluar sana menanggung beban masalah ini secara senyap dan malu untuk meluahkannya kerana ia agak peribadi. Akan tetapi jika diabaikan, ia akan memberi impak yang berat dalam kehidupan seharian.


Melahirkan anak, obesiti (terlebih gemuk), keturunan dan proses penuaan adalah diantara penyebab utama otot vigina ini kendur dan lemah.


Bagaimanakah caranya untuk kite ketahui bahawa otot pelvic kita lemah. Pernahkah anda mengalami terkencing ketika bersin atau batok? Perkara ini kadang kadang menjadi terlalu buruk sehinggakan anda terpaksa menggunakan panty liner. Ia akan menjadi semakin teruk jika anda tidak mengambil apa apa tindakan untuk memulihkan semula. Ini boleh merimaskan kehidupan seharian anda. Jika anda mengalami masalah sebegini, saya sarankan anda mulakan lah senaman kegel secepat yang mungkin.

Bagaimanakah cara untuk melakukan senaman ini? Pertama sekali, cuba kita kenalpasti otot mana yang saya maksudkan. Caranya ialah dengan mengemut otot seperti anda menahan kencing. Pastikan anda kemut otot yang tepat dan bukan otot anus. Ingat! jangan lakukan kemutan ini semasa anda terasa mahu kencing. Lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Pastikan anda fokus pada otot yang berkenaan sahaja.



Ramai yang tersilap dengan mengemutkan otot punggung atau perut. Ini tidak akan memberi apa apa kesan.



Bila anda sudah selesa, cuba tahankan kemutan selama lebih kurang 8 hingga 10 saat dan lepaskan dengan perlahan lahan. Pastikan anda bernafas seperti biase semasa melakukkan kemutan. Ulang sebanyak empat kali. Saya sarankan anda melakukan senaman mudah ini sekurang kurangnya sebanyak tiga kali sehari. Bila anda sudah lebih selesa, lakukan sekerap yang mampu, lebih kerap lebih baik. Biasanya dalam tidak sampai tiga bulan anda akan merasakan keberkesanan senaman ini.

Senaman ini boleh dilakukan semasa anda sedang memandu, melakukan kerja rumah, melakukan kerja dipejabat atau dimana mana sahaja. Paling penting melakukannya pada otot yang khusus itu sahaja.

Senaman ini juga sesuai dilakukan sewaktu hamil kerana ia boleh menguatkan lagi otot pelvis. Selain menggelakkan penyakit 'terkencing' atau dalam bahasa inggeris nya 'incontinence' , senaman ini juga boleh meningkatkan lagi kenikmatan perhubungan sexual suami isteri lebih lebih lagi bagi para isteri yang agak payah untuk mencapai nikmat seks. (orgasm)



5 comments:

  1. Salam Puan Sharifah, mohon izin copy untuk blog saya jomkitasihat.blogspot.com untuk manfaat semua.

    Very good article.

    TQ.

    ReplyDelete
  2. silakan... :) kalau ade older posts yang you rase sesuai pun you boleh ambil yea. Ilmu dan pengetahun ini bagus untuk kite share...

    ReplyDelete
  3. by the way... N.E.E.N.Y, for your info, Prof Madya Siti Hawa Ali tu sepupu saye. Kensalam pada dia yea kalau awak ade jumpe dia.

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Sharifah, terima kasih kerana memberi permission. Neeny baru buka blog setelah beberapa hari cuti hari raya. Insya Allah, kalau PM Siti attend our aerobic class, Neeny akan sampaikan salam Puan.

    Btw, kalau kami nak jemput Puan utk beri course, boleh ke? Insya Allah, ada dalam perancangan kami.

    Salam Aidilfitri.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Neeny.
    Insyallah kalau di panggil, saye memang suke sangat untuk ke Kelantan. kecik tapak tangan... nyiru saye tadahkan.. insyallahh.... kalau ade rezeki yea :)

    ReplyDelete