Friday, July 29, 2011
Bengkel Senam Seni 1 Malaysia - Center Court, Seremban
Kelab Kecergasan Kreatif Nadi yang di terajui oleh Puan Mas Ayu atau lebih dikenali sebagai Kak Ngah Vogue, bekerjasama dengan Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara telah menganjurkan Bengkel Senam Seni 1 Malaysia baru baru ini di CenterCourt, Seremban, Negeri Sembilan
Yours truly telah dijemput untuk mengendalikan bengkel ini bersama dengan saudara Saiful dari JKKN Negeri Sembilan
Puan Nor Seela Sulaiman selaku Pegawai yang bertanggung jawab dari Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara telah sudi datang untuk merasmikan penutup majlis tersebut.
Saiful semase senaman pagi
saye tertarik dengan satu satunya peserta keturunan cina (berbaju putih) iaitu Michelle (kalau tak silap name) yang begitu gigih mempelajari Senam Seni 1 Malaysia
terima kasih kak Rashidah (berbaju merah) kerana sudi datang
nampak macam penat tapi semangat ketal mahu meneruskan latihan
bersama geng geng dari Nilai, terima kasih adek adek manis... :)
kebetulan saye jumpe dengan kawan adek saye yang pernah bekerja bersama adek saye di Johor - Norzana yang telah berpindah ke Nilai
bersama Anim Musa, kebetulan name kami same
haaa...tu dia...Kak Mai pun ade! katenye baru saje habis bersenam dengan Radio Negeri Sembilan. Hebat!
saye bangga bile berjumpe dengan anak anak murid, lebih lebih lagi bile mereka berjaya mengukir name sendiri dibidang ini. saye sangat menghargai kehadiran mereka - dari kiri Ekin, yours truly dan syazlina
tidak ketinggalan juga terima kasih saya kepada urusetia yang tidak penat penat menolong menjayakan program ini dari mula hingga akhir
peringkat memanaskan badan Senam Seni 1 Malaysia yang sengaje dikareograf sekian rupa supaya mudah untuk di ikuti
suasana pagi yang indah dan peserta masih bertenaga untuk melakukan pergerakan
pergerakan zapin dan inang memulakan fasa memanaskan badan
pergerakan angkat lutut dalam gerak inang masri memulakan fasa aerobik
Gerak etnik Sabah & Sarawak seperti sumazau dan mengiluk pada fasa menyejukan badan
Kak Ngah sedang memberi ucapan semase majlis penutup
Terima kasih saye ucapkan kepada Kelab Kecergasan Kreatif Nadi terutamanya Kak Ngah yang telah menyahut cadangan saya untuk mengadakan bengkel ini di Seremban. Kalau bukan kite yang menengahkan produk kite sendiri, siape lagi? Kite mempunyai produk kite sendiri - Senam Seni 1 Malaysia yang selain dari dapat menjage kesihatan diri, kite juga dapat mengenali budaya bangsa kite sendiri. Tidak ketinggalan terima kasih saye kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan terutama kepada Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara yang telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan budaya bangsa dalam senaman.
Kekal Sihat 1 Malaysia!!
Labels:
SenamSeni 1Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment