Pernah dulu di Port Dickson saye di undang sebagai Jury/Pengadil untuk Pertandingan Shuffle, Poco Poco dan Senamrobik peringkat Negeri Sembilan. Sebetulnya saye ini seorang Pengadil Kecergasan yg telah diiktirafkan oleh Kementerian Belia & Sukan. Bila di sebut Kecergasan, bererti ia merangkumi banyak aspect termasuk la shuffle dan poco poco. Berpeluh juga la bilemana saye ditugaskan sebagai juri poco poco dan shuffle buat pertama kalinya, almaklum sajelah saya ini tidak termasuk dalam golongan yang minat dalam kedua bidang ini. Akan tetapi saya anggap ini sebagai cabaran lebih lebih lagi bila sudah di trained, dan rules & regulations nya boleh dikatakan similiar, tidak menjadi masalah besar lah untuk mengadilinya buat kali kedua di Selangor.
bersama kawan kawan juri Shuffle
salah satu kumpulan yang menunjukkan aksi menarik
satu perkara yang saye kurang mengerti adalah kenapa kebanyakan peserta suka memakai topeng semasa pertandingan.
bila dah ending baru la mereka membuka topeng mereka. pada pendapat saye, saye lebih suka kalau mereka memakai topeng seketika saja, sebab bile mereka buka topeng baru la kite nampak expressi muka mereka yang mana ini termasuk didalam katergory pemberian markah facial expression
menarik persembahan mereka dan dalam pemerhatian saya ada peningkatan dalam persembahan dimana ada lebih kurang 4 kumpulan yang mampu pergi ketahap nasional dan international. Mereka ini kreatif dari segi persembahan dan mampu melakukan nye dengan baik termasuk lah dari segi execution of movement
kumpulan yang didatangi khas dari Klang
Syabas anak anak muda semua, saya lebih suka melihat mereka berlatih shuffle dari melepak di komplek beli belah tanpa haluan. Sekurang kurangnya mereka menjalani satu kegiatan sihat dan kalau mereka serious, mereka boleh pergi jauh dalam bidang ini.
Sunday, January 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment