Tuesday, March 3, 2009

Kursus

brainstorming untuk module baru yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini atau awal
tahun depan. Bila dah dilancarkan baru bole cerita lebih yea

satu satunya wanita menjadi Penasihat Teknikal (Fitness). dua orang lagi tu PA Kementerian *tut*
mau tak nye tersengih .. di kelilingi oleh pendekar pendekar la katekan.,


Saya cuma rakyat malaysia yang biasa dan bukan ahli politik. Memang kekadang saya kurang setuju dengan setengah dasar kerajaan kita, tapi tu.. lah... nobody is perfect, not even our government. Sejak saya terlibat dengan program di Kem Belia & Sukan (KBS) dan juga Kem Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan & Warisan (KEKWA), baru la saya sedar dan tahu rupanya banyak kemudahan dan peluang peluang yang kerajaan kita sediakan kepada kita rakyat Malaysia . Masalahnya, cume sikap kita sendiri yang tidak mahu ambil inisiatif untuk ambil tahu and ambil peluang tentang kemudahan ini. Saya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi saya. Contohnya mengenai kursus kursus, semua kursus kursus ini diberi percuma. Tempat tinggal, yuran pengajian, makan minum selama 4-6 hari ( 6 kali sehari). Masyallah... hebat betul... akan tetapi ramai yang take for granted. Pergi kursus sekadar utk mengisi masa lapang sahaja! Balik dari kursus, habok pon tarak. Mereka ini diberi amanah utk mengkongsi pembelajaran dan pengalaman mereka semasa berkursus tetapi kebanyakannya, balik dari kursus tidak berbuat apa apa. Pehabehkan duit pembayar income tax saja. Untuk pengetahuan bagi yang tidak tahu, bukan mudah ndak buat kursus. Pertama sekali, kene cari penasihat penasihat teknikal di seluruh negara untuk dikumpulkan dan brainstorming untuk buat module. Bukan senang ndak cari orang2 ni dah tu ndak bayar mereka lagi. Selepas tu, cari pula tenaga pengajar yang berkualiti, satu penyakit juga ni sebab semua orang kata dia ada kualiti! Dah... kena pulak screen test mereka ini, mane yg bab cak leng pung, kene la test cak leng pung, mane yg bab tarian bharatanatyam, begitu jugalah, kene test dulu kemampuan mereka, belum masuk lagi bab instruktor aerobik yang berlambak dipasaran. Semua kata mereka hebat. Mane yang terpilih setelah di uji dari segi praktikal dan teori mesti berpuas hati, bagi yang tidak terpilih, jangan marah, cuba lagi yea. Semua ini memerlukan duit. Setiap kali ndak mengumpul, memeriksa, memberi pengiktirafan, memberi latihan semuanya memerlukan duit. Agak agak dari mane datang duit ini, langit? dasar laut? petik di pokok? hmmm... cube kite pikirkan sejenak.
Makanya kawan kawan, yang mane pernah pegi kursus tu, bersikap amanah lah, kite menggunakan duit rakyat (duit pembayar incometax termasuk yours truly) untuk menimba ilmu, jangan lah di sia siakan ilmu yang diberi dengan percuma ini. Ambil peluang, pergi mengajar dan dapat ganjaran yang lumayan. Apa lagi yang awak ndak? Tapi ingat! Anda jangan berhenti disitu, timba ilmu lagi, buat homework, belajar dengan lebih dari satu guru (setiap guru ade keistimewaan masing masing), berfikiran positif dan tingkatkan kehidupan kita. Good Luck frens...



No comments:

Post a Comment